AFF B-19: Keyakinan Hassan Sazali Pada Pemain Jadi ‘Azimat’ Kejayaan Harimau Muda Ke Pentas Akhir

Malaysia B-19 AFF

Terlalu sedikit pihak yang meletakkan harapan untuk skuad bawah 19 tahun (B-19) negara untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan AFF B-19.

Tetapi tidak bagi pengendali skuad Harimau Muda, Hassan Sazali Waras yang tidak pernah meragui kemampuan anak buahnya untuk melunaskan misi layak ke final buat kali keempat berturut-turut selepas menang bergaya 3-0 ke atas Vietnam.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Partriot Candrabhaga, Bekasi itu, Malaysia yang lebih banyak bertahan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi jaringan Adam Farhan Faizal pada minit ke-26.

Ketika barisan pertahanan negara cekal menahan asakan bertali arus Vietnam, taktik serangan balas pantas telah menghasilkan gol kedua skuad negara pada minit ke-70 yang disempurnakan oleh Haiqal Haqeemi Hairi.

Hayqal Danish Haizon melengkapkan hari gemilang Malaysia dengan menjadikan kedudukan 3-0 pada penghujung perlawanan untuk memastikan Malaysia menempah tiket ke perlawanan akhir berdepan pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir di antara Laos dan Thailand.

Laungan keyakinan Hassan Sazali itu dilontarkan sebelum aksi menentang Vietnam meskipun ada pihak dan pemerhati yang memandang rendah kemampuan pasukannya selepas sekadar menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai naib juara di belakang Laos.

“Saya tahu Vietnam mungkin boleh dianggap pasukan pilihan dalam kejohanan ini tetapi kami tidak menganggapnya sebagai satu halangan (untuk ke final),” ujarnya dalam temubual bersama Astro Arena.

“Insya-Allah, saya berkeyakinan penuh dengan barisan pemain yang ada dalam skuad ini. Daripada bedah siasat yang dilakukan pagi ini, pemain sudah kembali ke tahap keyakinan yang tinggi.

Sudah pasti kami akan memburu kemenangan untuk layak ke perlawanan akhir.”

Kini, Hassan Sazali sudah pun membuktikan kata-katanya dan sudah tentu mendiamkan para pengkritik. Itulah sikapnya yang bukan sahaja bertindak sebagai jurulatih, tetapi juga sebagai bapa, guru, pakar motivasi dan pakar psikologi kepada pemain-pemainnya.

Berdasarkan rekod, Malaysia kejuaraan sulung Malaysia dalam kejohanan ini adalah pada edisi 2018 dengan menewaskan Myanmar 4-3 pada perlawanan akhir.

Edisi terakhir pada 2019 juga Malaysia menempah tiket ke final, namun dikecewakan Australia dengan kekalahan tipis 1-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN