Aidil Zafuan sedar akan cabaran getir yang akan dihadapi oleh Malaysia dalam perlawanan kedua di Stadium Rajamangala selepas ini. Malaysia mempersia-siakan banyak peluang gol dalam perlawanan di Stadium Bukit Jalil.
Malaysia jelas pasukan lebih baik dan sepatutnya boleh membawah 1 atau 2 gol bekalan ke perlawanan kedua. Namun sayangnya Malaysia tidak cukup tajam di hadapan gol.
Pada separuh masa kedua, Thailand cuba mengimbangi dominasi pasukan Malaysia dan membuatkan aksi Harimau Malaya sedikit terganggu.
Aidil berkata: “Sekarang kami ada tugasan getir di perlawanan kedua. Namun, ianya penting juga untuk kami tidak bolos hari ini. Dan kami akan mencuba melakukan terbaik di Thailand nanti.”
“Kami sudah cuba melakukan yang terbaik hari ini. Kami gembira kerana tak bolos. Tugasan kami seterusnya adalah untuk cuba sedaya upaya menjaringkan gol di Thailand.”
“Kami berjaya bertahan dengan baik berhadapan dengan serangan Thailand. Thailand pasukan yang baik, namun kami menangani mereka dengan berkesan setiap kali mereka menyerang. Dan kami juga terlepas beberapa peluang gol.
Thailand disenyapkan sepanjang malam oleh Malaysia terutama sekali Adisak Kraisorn. Ini adalah antara aksi terburuk Thailand dalam kempen kali ini. Pemain Thailand, Tanaboon Kesarat menyataan, pasukan mereka gagal mendapat rentak kerana ditekan oleh Malaysia dari awal.
Tanaboon berkata, Thailand sangat gembira dan menarik nafas lega kerana tak kalah dalam perlawanan ini – di mana pasukan lawan bermain dengan sangat baik.
Aidil menjadi watak penting dalam skuad kebangsaan kali ini. Gandingan beliau bersama dengan Shahrul Saad banyak diberikan pujian oleh penyokong termasuk penyokong pasukan lawan.