AFCON: Mohamed Salah Dan Mesir Ucap Selamat Tinggal Selepas Tewas Kepada Afrika Selatan

Tuan rumah, Mesir telah ditunjukkan jalan keluar apabila tewas dalam perlawanan 16 terbaik malam tadi.

Terkejut

06 July 2019, Egypt, Cairo: Egypt’s Mohamed Salah reacts during the 2019 Africa Cup of Nations round of 16 soccer match between Egypt and South Africa at Cairo International Stadium. Photo: Oliver Weiken/dpa (Photo by Oliver Weiken/picture alliance via Getty Images)

Dilaporkan bahawa para pemain Mesir tidak muncul semasa sesi temuramah pasca perlawanan. Menurut wartawan Perbadanan Penyiaran Britain, Mohamed Salah dilihat emosional selepas perlawanan.

Mesir tewas kepada Afrika Selatan melalui satu gol sahaja. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Thembinkosi Lorch pada minit ke-85.

Cameroon ucap selamat tinggal

Alexander Chuka Iwobi of Nigeria celebrating scoring to 3-2 during the 2019 African Cup of Nations match between Cameroon and Nigeria at the Alexanddria Stadium in Alexandria, Egypt on July 6,2019. (Photo by Ulrik Pedersen/NurPhoto via Getty Images)

Pesta gol telah berlangsung dalam perlawanan Cameroon menentang Nigeria semalam. Nigeria mendahului melalui gol bekas pemain Watford, Odion Ighalo.

Ighalo menjaringkan gol pada minit ke-19. Kemudiannya, Stephane Bahoken dan Clinton NJie menjaringkan gol untuk Cameroon dalam tempoh 5 minit sebelum rehat separuh masa.

Cameroon mendahului perlawanan pada separuh masa pertama. Kemudiannya, pada minit ke-63, Ighalo menyamakan kedudukan untuk memastikan Nigeria terus bernafas.

Akhirnya, Alex Iwobi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-66. Cameroon tewas kepada Nigeria melalui skor 3-2.

Aksi akan datang

Untuk perlawanan suku akhir, Nigeria akan menentang Afrika Selatan pada 10 Julai.

Hari ini, Madagascar akan menentang Republik Demokratik Congo di Alexandria. Algeria pula akan melawan Guinea di Kaherah tidak lama kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN