Quantcast

BERITA

PUMA Football Anthem Pack Seiring Alunan Prestasi Terbaik Pemain Terkemuka Dunia

PUMA Football dan medium muzik digital terkenal, Spotify telah menjalinkan hubungan dalam mengeluarkan PUMA Football Anthem Pack bagi model FUTURE dan PUMA ONE.

Ia bagi meraikan aliran pemikiran buat pemain bagi menterjemahkan aksi terbaik mereka di atas padang.

Untuk masuk seiring dengan aliran tersebut, pemain hebat bola sepak dunia dilihat sering mendengar muzik terlebih dahulu sebelum menghadapi sesuatu perlawanan penting.

Antara cover photo untuk playlists muzik di Spotify

Bagi membantu pemain lain turut mencapai keadaan pemikiran seperti¬† ini, PUMA telah memperkenalkan ‘playlist’ Spotify Anthem.

Dibantu oleh DJ terkenal Perancis, DJ Snake, sebelas duta terkemuka PUMA Football telah mencipta ‘playlist’ mereka sendiri dengan lagu-lagu yang dipilih mampu memotivasikan diri untuk mendorong permainan ke tahap baharu.

Menyelami pengalaman dalam menikmati aliran tersebut, kasut bola PUMA FUTURE Anthem pack yang sudah mula boleh didapati di PUMA.com, stor-stor PUMA dan wakil penjual pada 27 Jun lalu tampil dengan kontras rekaan menarik berwarna perak dan merah. Manakala bagi PUMA ONE pula hadir dengan warna merah, hitam dan perak.

Berkongsikan pengalamannya, Mario Balotelli berkata: ”Muzik adalah kehidupan. Saya suka memakai ‘headphone’ sebelum perlawanan besar untuk membantu saya masuk ke dalam ‘mood’. Terdapat beberapa lagu saya sentiasa dengar ketika di dalam kereta sebelum sesuatu perlawanan.”

Turut menegaskan peranan utama muzik bagi prestasi pemain bola sepak dan dirinya, Luis Suarez berkata: ”Muzik sangat penting buat saya. Saya sentiasa mendengar lagu sebelum perlawanan, ia membantu saya untuk fokus terhadap apa yang saya mahu lakukan di dalam padang.”

PUMA FUTURE Anthem Pack akan dipakai oleh bintang terkemuka dunia seperti Antoine Griezmann, Luis Suarez, Marco Reus, Samuel Umtiti dan Jan Oblak manakala Romelu Lukaku, Mario Balotelli, Ada Hegerberg, David Silva, Sergio Aguero dan Axel Witsel akan menggunakan PUMA ONE Anthem Pack.

Untuk mencapai prestasi optimum, PUMA FUTURE mengolah satu sistem yang menggabungkan teknologi NETFIT dan 3D Havoc Frame di dalam satu lapisan dengan tujuan mendekatkan kaki pemain dengan bola, sekaligus ia memberikan penampilan yang lebih kemas, sentuhan bola lebih efisien dan keseimbangan.

PUMA Future

PUMA ONE pula memperkenalkan teknologi yang menerapkan ‘lightweight stability’ dan sentuhan premium yang diterjemahkan menerusi rekaan masa depan yang aggresif.

Teknologi ‘lighweight stability’ yang dikenali sebagai SPRINTWEB itu direka khusus untuk memberi¬†sokongan dan penstabilan sisi kanan ke atas kaki dan tumit, tanpa menambahkan sebarang beban tambahan ke but.

PUMA One

Kedua-dua model kasut bola PUMA Football Anthem Pack ini, anda boleh dapatkan di PUMA One Utama, The Gardens, KLCC, Football Republic and TFC dengan harga RM829.00.