Sadio Mane menjaringkan gol untuk membantu Senegal menang 2-0 ke atas Cape Verde dalam aksi pusingan 16 terakhir kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Kouekong, Bafoussam pada awal pagi tadi.
Namun penyerang Liverpool itu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan kepala yang dialami beberapa minit sebelum jaringannya itu akibat pelanggaran dengan penjaga gol Cape Verde, Vozinha yang kemudian dilayangkan kad merah.
Mana berpeluang untuk meletakkan Senegal pada awal pemainan, namun rembatan kencangnya sekadar singgah di tiang gol.
Senegal & Cape Verde held a minutes silence to remember those who lost their lives outside the Olembé Stadium.
This will be done at the start of every game until the end of AFCON.
📼 @CAF_Online | #AFCON2021
pic.twitter.com/FFyXGUxjhG— JABULANI XI (@JABULANIXI) January 25, 2022
Cape Verde terpaksa bermain dengan 10 orang pemain seawal minit ke-20 selepas Patrick Andrade dibuang padang kerana melakukan terjahan keras ke atas Pape Gueye disusuli dengan kad merah Vozinha pada minit ke-57.
Penjaga gol tersebut keluar dari kotak penalti untuk menghalang hantaran jauh kepada Mane dan berlaku pelanggaran kepala antara kedua-duanya.
Vozinha kemudian dilihat terbaring menahan kesakitan untuk beberapa minit. Pengadil kemudiannya diminta untuk memeriksa VAR dan mendapati Vozinha membuat rempuhan secara melulu ke atas Mane dan diberikan kad merah.
Enggan menunggu lama untuk memanfaatkan kelebihan berdepan lawan yang hanya tinggal sembilan pemain, Senegal membuka tirai jaringan pada minit ke-63 menerusi rembatan Mane yang mengenai palang gol sebelum masuk menerjah jaring.
Tetapi beliau kemudian dilihat tidak selesa untuk meneruskan perlawanan dan digantikan dengan Ahmadou Bamba Dieng yang menambah gol kedua pada masa kecederaan yang juga merupakan jaringan pertamanya di peringkat antarbangsa.
Berdasarkan laporan pasukan, Mane yang dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut berada dalam keadaan baik dan begitu juga dengan Vozinha yang sempat menziarahi pemain tersebut.
Despite crashing out of the tournament, #TeamCapeVerde goalkeeper Vozinha visit to Liverpool's and #TeamSenegal star Sadio Mane at the hospital after the tragic head collision.🇸🇳🇨🇻
Both players are doing well.
Football is a beautiful game ♥️
📸 [@CAF_Online] #AFCON2021! pic.twitter.com/r8VWE6zQyb
— CloudNine Sports (@cloudninesports) January 25, 2022