“Boleh Lepak Dengan Messi” – Dong Fangzhuo Dedah Pernah Ditawarkan Peluang Tinggalkan Man Utd Untuk Barcelona

Dong Fangzhuo pernah mencipta nama dan sensasi tersendiri di kalangan penyokong Manchester United dan China.

Pada tahun 2004 dunia bola sepak dikejutkan dengan nama Dong Fangzhuo. Orang China teruja kerana akhirnya bintang dari negara mereka akan bermain dalam pasukan terkemuka dunia pada usia 18 tahun.

Fangzhou-mania

Manchester United membeli Dong Fangzhuo dari Dalian Shide dengan nilai £500,000. Klausa add onn beliau mencecah £3.5 juta berdasarkan penampilan.

Peminat di China dilanda Fangzhuo-mania. Mereka lantas menyebut mereka juga ada bintang seperti Park Ji Sung.

Peminat China sendiri kebanyakannya belum pernah melihat Dong bermain. Namun menariknya data scouting Manchester United sudah menjejak beliau sejak usia 16 tahun.

Penyokong di China percaya Dong adalah Yao Ming dalam bola sepak. United berkata, Dong adalah prospek yang akan dibangunkan dan bukannya projek bintang segera atau alat pemasaran semata-mata.

Itu adalah antara kisah sensasi yang pernah berlaku kepada karier Dong Fangzhou.

Tinggalkan Old Trafford untuk ke Barcelona

Terbaru beliau mendedahkan bagaimana dirinya ditawarkan peluang untuk meninggalkan Manchester United untuk menyertai Barcelona. Kisah tersebut dikongsikan melalui satu siaran secara langsung yang disiarkan di China.

“Ketika saya berusaha pulih daripada kecederaan di Manchester United, ejen saya yang merupakan orang Sepanyol bertanya jika saya sudi menyertai skuad Barcelona B,” ujar beliau sambil ketawa.

 

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 16: Dong Fangzhuo of Manchester United poses with Sir Alex Ferguson and a United scarf after signing a contract at Carrington Training Ground on January 16, 2007 in Manchester, England. (Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Skuad Barcelona B merupakan skuad simpanan kelab Catalonia itu dan merupakan pasukan yang terdiri daripada bintang-bintang keluaran La Masia sebelum diserap ke skuad senior Barcelona.

“Jika saya mendengar nasihat ejen saya itu, saya mungkin lepak di rumah Messi sambil melihat Ballon d’Or di depan mata. Pada ketika itu ejen saya juga mengendalikan pemain-pemain lain seperti Xavi Hernandez, Dani Alves dan Andres Iniesta.

“Saya menolak tawaran tersebut kerana bertanggapan ianya mustahil untuk tembus ke skuad utama Barcelona pada ketika itu.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP via Getty Images)

Dong Fangzhuo dianggap sebagai prospek terbesar bola sepak China pada era 2000, sebelum disambar oleh Manchester United. Namun demikian, kebanyakkan tempoh beliau bersama Manchester United hanyalah bersama skuad simpanan pasukan itu.

Selepas meninggalkan Old Trafford, beliau sempat beraksi di beberapa negara lain di Eropah seperti di Belgium, Poland, Portugal dan Armenia.

Dong Fangzhou kemudiannya kembali ke China dan bersara daripada bola sepak pada 2015. Pada hari ini beliau dikenang sebagai antara prospek bola sepak yang gagal memenuhi potensi sebenar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN