AFCON 2019: Mohamed Salah Cemerlang Tewaskan Congo, Bawa Mesir Ke Pusingan Kalah Mati

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Mohamed Salah menghasilkan satu bantuan gol dan kemudian menjaringkan satu gol untuk membantu Mesir menewaskan Congo 2-0, sekaligus memastikan pasukan tuan rumah layak ke pusingan 16 pasukan terbaik di kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Mesir berada di hadapan pada minit ke-25 perlawanan selepas hantaran lintang oleh Salah disempurnakan oleh Ahmed Elmohamady melalui percubaan kedua pemain itu.

Penyerang sensasi Liverpool itu kemudiannya mencetak nama buat dirinya sendiri apabila merembat kencang walaupun dikawal oleh dua pemain pertahanan lawan, selepas larian menarik oleh Trezeguet.

Juara AFCON sebanyak tujuh kali, Mesir kini menyertai Nigeria yang sudah melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan terbaik pertandingan.

Skuad yang dikenali sebagai Super Eagles itu menewaskan Guinea 1-0 pada Rabu untuk menjadi pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati.

Kali terakhir Mesir muncul juara kejohanan ini ialah pada 2010, sebelum tewas di perlawanan akhir pada 2017. Dua kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan terus mengesahkan kemaraaan Mesir dari Kumpulan A – sebagai dua pasukan di kedudukan teratas.

Congo turut cuba memberikan cabaran dalam perlawanan tersebut, apabila percubaan Marcel Tisserand dan Jonathan Bolingi hanya sekadar mengegarkan palang.

Yannick Bolasie yang beraksi secara pinjaman untuk Aston Villa dan Anderlect dari Everton pada musim lalu hampir merapatkan jurang jaringan pada babak kedua perlawanan, namun sepakan percuma beliau tidak menepati sasaran.

Tewas dua perlawanan setakat ini, Congo masih berpeluang mara ke pusingan seterusnya jika menewaskan Zimbabwe pada Ahad nanti. Namun mereka harus berharap mampu muncul sebagai salah sebuah dari empat pasukan terbaik yang berada di kedudukan ke-3 kumpulan.

Mesir yang menewaskan Zimbabwe 1-0 pada perlawanan pertama akan sah menjadi juara kumpulan jika tidak tewas kepada Uganda pada perlawanan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN