Vieira, Gerrard, Arteta Antara Calon Pengganti Benitez Di Newcastle United

Newcastle United belum lagi menghubungi mana-mana calon pengganti Rafael Benitez yang akan mengakhiri kontrak bersama kelab itu beberapa hari sahaja lagi.

Namun demikian beberapa nama telah pun berada di dalam senarai untuk mengisi kekosongan tersebut, termasuklah Patrick Viera, Steven Gerrard dan Mikel Arteta.

(Photo by Shaun Clark/Getty Images)

Sumber daripada Telegraph turut mendedahkan Newcastle United turut mengintai untuk mendapatkan khidmat Eddie Howe daripada Bournemouth – walaupun tahu ianya sukar untuk meyakinkan Howe untuk berhijrah.

Sebelum ini Telegraph turut pernah melaporkan hierarki di Newcastle mahu mencari pengurus baharu yang lebih muda untuk menggantikan Rafael Benitez.

Pengendali dari Sepanyol itu akan meninggalkan St. Jame’s Park selepas gagal mencapai persetujuan berkenaan pelbagai perkara termasuk pelaburan untuk mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan musim pans ini.

Benitez bergelar pengendali Newcastle United pada 11 Mac 2016, membantu kelab itu kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris pada musim 2017/18 selepas semusim di Championship.

Empat calon utama seperti yang dinyatakan diatas dilihat memiliki profil seperti yang dicari oleh Newcastle, tetapi tidak boleh dipastikan sama ada mana-mana daripada mereka akan berminat untuk mengisi kekosongan tersebut.

Mikel Arteta. Foto: Pin In The Arsenal.

Buat masa ini Viera dilihat telah melakukan tugasan beliau dengan baik sekali bersama Nice di Ligue 1. Gerrard pula sebelum ini pernah menyatakan niat beliau untuk kekal bersama Rangers, walaupun pernah dilamar oleh Derby County.

Arteta kini merupakan pembantu kepada Pep Guardiola di Manchester City, manakala Howe turut cemerlang bersama Bournemouth sejak tiba dari Burnley pada 2012.

Untuk rekod, Viera pernah ditemuduga oleh Newcastle sebelum jawatan pengurus diberikan kepada Steve McClaren pada 2015. Bekas pemain tengah Perancis itu terus berada di dalam radar The Magpies sejak daripada itu.

Ia juga mungkin peluang untuk Gerrard menyertai kelab Liga Perdana Inggeris selepas menolak tawaran Derby di Championship, tatkala jawatan tersebut turut boleh menjadi permulaan kepada Arteta untuk mulai membuktikan kebolehan beliau secara sendirian.

Namun demikian, situasi di Newacastle United terutama keengganan pemilik kelab Mike Ashley untuk melabur mendapatkan pemain baharu sentiasa menjadi isu buat mana-mana pengurus sekali pun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN