AFC ‘Restui’ Permintaan JDT Mahu Memberikan Penghormatan Kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah

Seluruh Malaysia, terutama sekali rakyat Pahang – hari ini berduka dengan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah yang dikasihi semua.

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

Di lapangan bola sepak, nama Almarhum terlalu dekat untuk peminat bola sepak Malaysia serta Asia. Almarhum pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari tahun 1984 sehingga 2014.

FOTO: Christopher Raj twitter

Selain itu, Almarhum Sulatn Ahmad Shah juga pernang menjadiPresiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 1994 sehingga 2002. Dan dipilih menjadi Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 2011.

JDT turun beraksi pada hari ini menentang Gyeongnam FC di Korea Selatan. Dalam kenyataan rasmi kelab tersebut, Presiden JDT – Tun Aminah Sultan Ibrahmim menyatakan bahawa JDT menghantar permintaan khas daripada AFC.

Di mana JDT mahu memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah dengan melakukan penghormatan 1 minit serta memakai lilitan hitam.

JDT mengesahkan bawaha AFC sudah meluluskan permintaan kelab tersebut.

Tun Aminah berkata: “Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah meluluskan permintaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memakai lilitan lengan hitam dan melakukan penghormatan ‘one minute of silence’ kepada KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.”

“[Penghormatan 1 minute silence akan dilakukan] sebelum sepak mula perlawanan Liga Juara-Juara AFC peringkat kumpulan menentang Gyeongnam FC di Republik Korea malam ini.”

JDT dalam usaha menghidupkan semula harapan mereka untuk mara ke pusingan kalah mati dalam aksi pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN