AFC Pertimbang Ikut Langkah UEFA, Anjur ‘Nations League’ Versi Asia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dikatakan bersedia untuk mengikut jejak langkah rakan mereka di Eropah dengan mengenalkan Liga Negara-Negara atau Nations League.

Menurut laman Berita Harian, pihak AFC dikatakan akan menimbangkan cadangan mengadakan liga tersebut kerana terinspirasi dengan idea yang dilakukan oleh UEFA.

AFC dikatakan berminat untuk mewujudkan pertandingan yang serupa di Asia namun bukanlah dalam masa yang terdekat.

Hal ini kerana, kajian yang menyeluruh perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah berlaku ketika ianya diadakan.

Sebelum ini, badan induk bola sepak Eropah itu memperkenalkan UEFA Nations League yang melibatkan semua negara yang berdaftar dengan mereka.

Saingan tersebut yang akan membuka tirainya pada minggu bola sepak antarabangsa kali ini diwujudkan untuk beberapa sebab.

Antara sebabnya adalah ingin menggantikan perlawanan persahabatan antarabangsa yang sering dilihat sebagai membuang masa.

Selain itu, ia juga bakal membantu setiap negara dalam memperbaik ranking mereka dan meningkatkan nilai kompetitif dalam setiap perlawanan kerana pasukan akan bertemu dengan lawan yang setaraf.

Sejak mengetahui kewujudan UEFA Nations League, penulis sememangnya mengharapkan format ini diperkenalkan di Asia.

FOTO: Facebook FAM

Hal ini kerana, pasukan negara akan bertemu dengan lawan yang setaraf dan peluang untuk memperoleh mata ranking dari setiap perlawanan itu ada.

Ianya bakal memberi manfaat kerana menerusi idea ini, peluang untuk pasukan-pasukan kerdil layak ke kejohanan peringkat benua lebih cerah berbanding dengan format pusingan kelayakan yang diguna sekarang.

Apa pendapat anda? Wajarkah AFC mengikut jejak langkah UEFA?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN