AFC: Peluang Terengganu Kembali Bangkit Untuk Benam Cabaran Bali United

Terengganu akan menghadapi perlawanan keenam mereka pada hari ini bagi saingan AFC peringkat Kumpulan G dengan pertemuan seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang wakil dari Indonesia, Bali United.

Beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu memiliki kelebihan tersendiri untuk mengatasi cabaran pasukan pelawat menerusi sorakan padu daripada penyokong tuan rumah.

Sebelum itu, Sang Penyu masih lagi segar dengan kekalahan 1-3 mereka di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha pasukan tersebut untuk cuba mendapatkan trofi pertama musim ini, Piala Malaysia 2023.

Walaupun tewas, jelas Terengganu tidak menjadi seperti pasukan lain yang dibuli oleh gergasi bola sepak negara itu selepas tampil dengan corak permainan berkualiti untuk mengimbangi lawan.

Benteng pertahanan mereka antara paling menyerlah sekali, selepas Tomislav Steinbruckner membuat satu pertaruhan sangat berani untuk menurunkan barisan tempatan serta muda bagi mengekang jentera serangan berbisa JDT.

Momentum positif itu pastinya ingin diteruskan pada perlawanan hari ini dengan Steinbruckner sudah tentu mempunyai perancangan untuk mendapatkan kemenangan di laman sendiri.

Walaupun menyedari hasrat Sang Penyu untuk mara lebih jauh ke saingan AFC musim ini semakin sukar, sekurangnya pasukan tersebut sudah tentu ingin menamatkan cabaran di peringkat kumpulan menerusi satu kemenangan khas buat penyokong mereka.

Untuk rekod pertemuan antara Terengganu dan Bali musim ini menyaksikan kedua mereka saling terikat seri 1-1 ketika aksi berlangsung di Indonesia dengan Sang Penyu lebih mendominasi perlawanan.

Kedudukan semasa kini menyaksikan Terengganu di tangga kedua kumpulan menerusi sembilan mata dikumpul dan dibezakan dua mata untuk berada di atas Bali United.

Pemain tumpuan Terengganu hari ini terarah kepada bintang serangan mereka iaitu Ivan Mamut yang boleh dianggap berada pada prestasi cukup baik kini selepas mengharungi beberapa perlawanan lalu.

Mamut setakat ini sudah pun menyumbang satu jaringan untuk saingan AFC ini ketika Sang Penyu cemerlang menewaskan Stallion Laguna menerusi keputusan 3-2 di gelanggang lawan.

Malah, penyerang dari Croatia itu juga masih segar dengan satu jaringan yang dihasilkan beliau ketika aksi final Piala Malaysia lalu sewaktu Terengganu berdepan cabaran JDT.

Pemain-pemain lain seperti Shahrul Nizam, Engku Nur Shakir, Azam Azmi Murad sudah tentu akan menjadi pertaruhan penting buat Steinbruckner untuk berdepan cabaran bakal dibawa Bali United pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN