AFC Nasihat MFL Agar Kaji Beberapa Faktor Jika Mahu Ubah Waktu Perlawanan

Setelah pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberi cadangan agar menjadikan waktu siang sebagai hari perlawanan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), nyata perkara tersebut mendapat pelbagai pendapat buat para pemerhati bola sepak tempatan.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) antara yang menyambut baik cadangan tersebut dan melihat perkara itu mungkin dapat direalisasikan pada masa hadapan.

Namun, pelbagai faktor lain juga perlu diambil kira dengan kajian menyeluruh perlu dibuat agar pertukaran waktu perlawanan liga dapat berjalan dengan lebih lancar.

Antara aspek yang perlu dilihat ialah perlu mendapat persetujuan daripada pihak televisyen (TV) yang membayar hak penyiaran liga supaya tidak berlaku salah faham.

Menurut Datuk Seri Windsor Paul john selaku selaku Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), beliau mengakui pihaknya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk campur tangan mengenai urusan perjalanan liga domestik di Malaysia.

Namun, pihaknya tidak akan sesekali lokek untuk berkongsi ilmu dan pendapat bagaimana untuk menganjurkan sesuatu liga yang menepati piawaian dikehendaki oleh FIFA.

Walaupun begitu, beliau mengakui MFL sebagai badan penganjur yang dianggap berjaya serta antara terbaik di serantau Asia bakal mengkaji perubahan tersebut dengan teliti mengenai perjalanan semasa liga domestik sebelum mengubah waktu perlawanan.

“Masa perlawanan untuk liga ditentukan liga masing-masing, ada beberapa faktor yang pertama ialah aspek kehadiran penonton ke stadium.

“Yang kedua adalah jurulatih, adakah mereka bersetuju untuk main siang atau malam.

“Dan yang ketiga dan paling penting mengenai komersial TV. Takkan nak main masa orang tak tengok TV, sebab itu (waktu sekarang ditetapkan main malam) sekarang mereka main perlawanan malam untuk orang tengok TV.

“Begitu juga macam ‘point’ nombor satu tadi, kalau penyokong tak boleh datang stadium pukul 2 petang, takkan perlawanan nak buat ketika itu. Sebab kalau di Eropah, ada saja perlawanan bermula pukul 2 petang tetapi cuaca di sana lebih dingin dan tak panas di sini.

“Jadi banyak perkara perlu dikaji dengan teliti sambil mengikut keadaan cuaca, budaya, persetujuan semua pasukan dan juga pihak TV. Semua itu hak MFL untuk tentukan dan AFC tak boleh campur tangan,” katanya kepada Arena Metro.

Menurut TMJ sebelum ini, pertukaran waktu tersebut jelas mempunyai banyak kebaikan selain memberi suasana seperti di Eropah dalam kalangan penyokong.

Malah, penyokong juga mempunyai tempoh lebih panjang untuk hadir ke stadium berbanding aksi sebelah malam yang disifatkan agak singkat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN