AFC: “Malaysia Perlu Dapatkan Persetujuan Korea Utara Untuk Main Gelanggang Berkecuali”

Status permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membolehkan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara menentang Malaysia diadakan di gelanggang berkecuali telah mendapat perkembangan baharu.

Menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kemahuan FAM untuk bermain di laman berkecuali boleh menjadi realiti namun dengan satu syarat.

Syaratnya adalah ia perlu mendapatkan persetujuan bersama dari pihak Korea Utara juga untuk bermain di gelanggang berkecuali.

Kuasa ditangan Korea Utara

Menurut laporan Sinar Harian, Datuk Windsor John yang merupakan Setiausaha Agung AFC, keputusan penentuan lokasi perlawanan adalah ditangan pihak Korea Utara yang merupakan tuan rumah bagi perlawanan ini.

“Untuk bermain di gelanggang berkecuali, kita perlu dapatkan persetujuan daripada pihak Korea Utara kerana mereka tuan rumah.”

“Sekiranya Korea Utara pilih nak main di gelanggang berkecuali, mereka akan tentukan di stadium mana perlawanan itu akan diadakan.”

Namun menurut Windsor lagi, andai kata Korea Utara berkeras untuk perlawanan diadakan di Pyongyang, maka keputusan Korea Utara itu perlu dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan AFC untuk maklumat lanjut.

Bukti kukuh

Itu cerita untuk pihak Korea Utara, jika di pihak Malaysia pula terdapat seperkara lagi yang perlu dilakukan oleh FAM.

Menurut Windsor, pihak FAM perlu memberikan alasan kukuh kenapa mahu perlawanan itu diadakan di gelanggang berkecuali.

Apa yang dinyatakan oleh Windsor itu telah pun dijawab oleh Menteri Belia & Sukan – Khairy Jamaluddin.

Hal ini kerana ia melibatkan keselamatan rakyat negara sekiranya pergi bermain di Korea Utara.

Baca juga: Syamsul Saad Sah Jadi Ketua Jurulatih Perlis

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN