AFC MA Ranking Oktober 2017: Peluang Malaysia Ke AFC Champions League Semakin Tipis

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru sahaja mengemaskini kedudukan AFC MA Ranking terbaru untuk bulan Oktober 2017.

Berdasarkan pungutan mata semasa, Malaysia masih lagi mendahului Hong Kong untuk berada pada kedudukan ke 6 peringkat Asia Timur.

Malaysia mengumpulkan 29.753 mata manakala Hong Kong pula mengutip 29.623 mata, perbezaan mata semakin mengecil iaitu sebanyak 0.130 mata.

Adakah slot Malaysia ke AFC Champions League 2019/2020 akan terjejas ? 

Untuk mendapatkan slot automatik ke ACL, Malaysia perlu kekal dalam kedudukan ke 6 di peringkat Asia Timur dalam kedudukan AFC MA Ranking pada bulan November depan.

AFC akan kemaskini kedudukan untuk bulan November selepas kedudukan rasmi ranking FIFA dikeluarkan pada 23 November 2017.

Kedudukan terkini AFC MA ranking peringkat asia timur.

Kami ramalkan kedudukan AFC MA Ranking untuk bulan November akan dikeluarkan selepas 25 November iaitu selepas perlawanan akhir kedua AFC Champions League 2017.

Bulan November merupakan bulan yang penting kerana AFC akan mengesahkan slot Malaysia ke ACL pada bulan tersebut.

Malaysia dan Hong Kong masih bersaing merebut slot automatik ke AFC Champions League 2019/2020

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru-baru ini mengumumkan bahawa skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Korea Utara pada 10 November dan 13 November depan di gelanggang neutral.

Menurut kalendar jadual perlawanan antarabangsa, Hong Kong akan bertemu Bahrain dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 9 November dan Lebanon dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 pada 14 November ini.

Persaingan untuk merebut kedudukan ke 6 AFC MA ranking Asia Timur hanya melibatkan 2 pasukan ini sahaja kerana Vietnam sudah tidak mampu untuk menyertai persaingan bagi merebut tempat ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 dan 2020.

Malaysia mampu untuk mengekalkan kedudukan ke 6 ini sekiranya pasukan kebangsaan meraih kemenangan atau mencatat keputusan seri ke atas Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 nanti dengan syarat Hong Kong kalah dalam 2 perlawanan mereka.

Hal ini kerana keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan Malaysia memainkan peranan penting untuk menjarakkan mata bagi memastikan Hong Kong tidak memotong pada saat akhir sehingga menyebabkan slot Malaysia ke ACL terlepas.

Simulasi keputusan perlawanan Malaysia dan Hong Kong

Dengan andaian Malaysia kalah kepada Korea Utara, Hong Kong akan dapat slot AFC Champions League 2019/2020 JIKA :

  • Hong Kong mencatat 2 kemenangan ke atas pasukan Bahrain dan Lebanon
  • Hong Kong menang ke atas Bahrain dan seri dengan Lebanon
  • Hong Kong seri dengan Bahrain dan menang ke atas pasukan Lebanon
  • Hong Kong seri dengan Bahrain dan Lebanon

Dengan andaian Malaysia kalah kepada Korea Utara, Malaysia akan dapat slot AFC Champions League 2019/2020 JIKA :

  • Hong Kong kalah dalam 2 perlawanan kepada Bahrain dan Lebanon
  • Hong Kong kalah kepada Bahrain dan seri dengan Lebanon
  • Hong Kong seri dengan Bahrain dan kalah kepada Lebanon
  • Hong Kong menang ke atas Bahrain, kalah kepada Lebanon

Jikalau Malaysia aturkan satu lagi perlawanan persahabatan dengan pasukan ranking bawah 150, Hong Kong tetap akan dapat slot ke AFC Champions League 2019/2020 jika mereka mencatat 2 kemenangan ke atas Bahrain dan Lebanon.

Jika Malaysia dan Hong Kong masing-masing kalah dalam semua perlawanan pada bulan November depan, kedudukan tidak akan berubah, slot ke AFC Champions League 2019/2020 akan jadi milik Malaysia.

NOTA: Jumlah mata yang ditawarkan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia lebih tinggi daripada perlawanan persahabatan. (x 2.5)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN