AFC: Langkah JDT Wajar Dicontohi Semua Pihak

JDT

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyambut baik inisiatif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas langkah proaktif kelab Harimau Selatan itu dalam menunaikan tanggungjawab membantu memerangi wabak COVID-19.

Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor John berkata langkah JDT seharusnya dicontohi semua pihak dalam menangani krisis global seumpama ini

“Tahniah kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seluruh keluarga kelab JDT, pegawai dan pemain yang turut sama berganding bahu memerangi krisis penularan wabak COVID-19,” katanya.

JDT dalam satu kenyataan di laman sosialnya hari ini menyatakan pemain, jurulatih dan kakitangannya bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 33% dan mendermakan sebahagian dari gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Ini adalah usaha mereka untuk meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini.

Ketua pasukan JDT, Hariss Harun mengharapkan lebih ramai pemain dan pasukan dapat tambil ke depan menghulurkan bantuan dari apa jua bentuk ketika wabak COVID-19 ini.

“Para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyumbangkan sebahagian daripada gaji kami kepada Tabung Bencana Negeri Johor dengan harapan ia dapat meringankan beban mereka-mereka yang terjejas disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

“Penularan wabak COVID-19 telah mencabar setiap dari kita dan masyarakat perlu sama-sama berganding bahu menghadapi waktu mencabar ini.

“Saya berharap sumbangan kami dapat membantu banyak pihak dan saya menyeru agar ramai lagi tampil ke hadapan dan melakukan apa jua bentuk sumbangan bagi membantu kita semua mengharungi episod gelap ini.”

JDT turut menzahirkan penghargaan mereka kepada pejuang barisan hadapan yang rela berkorban dan mempertaruhkan nyawa berdepan dengan tugasan untuk memerangi wabak COVID-19.

Mereka turut menyeru semua rakyat Malaysia agar memainkan peranan masing-masing sepanjang tempoh sukar ini.

Sebelum ini beberapa kelab dan pemain ternama di Eropah telah bertindak memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan di negara mereka.

Antaranya adalah Cristiano Ronaldo dan ejennya Jorge Mendes yang menyumbang peralatan perubatan kepada dua hospital di Portugal. Kapten Real Madrid, Sergio Ramos dan isterinya Pilar Rubio pula mendermakan 264,000 topeng muka dan 15,000 kit ujian pemeriksaan menerusi badan kebajikan UNICEF.

Selain itu, Lionel Messi juga menyumbang €1 juta kepada sebuah hospital di Barcelona dan juga pusat perubatan di negara kelahirannya, Argentina. Pep Guardiola juga tidak ketinggalan dalam mendermakan €1 juta.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai JDT:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN