AFC Bakal Ubah Kouta Pemain Import, Bersediakah Pasukan Malaysia?

Konfederasi Bola Sepak Asia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah bersetuju untuk mengubah kouta pemain import yang dibenarkan untuk setiap pasukan apabila mereka beraksi dalam kejohanan anjuran badan induk bola sepak Asia itu.

Dalam perubahan tersebut, AFC mengesahkan yang mereka akan mengubah kouta 3+1 pemain import yang diguna pakai ketika ini.

Sebelum ini, AFC membenarkan satu-satu pasukan menurunkan tiga pemain import daripada mana-mana negara dan slot keempat adalah pemain import dari negara anggota AFC.

Tetapi bermula pada musim 2023/2024, AFC akan membenarkan setiap pasukan meletakkan 5+1 pemain import untuk beraksi dalam kejohanan anjuran mereka.

Lima pemain import itu adalah bebas daripada mana-mana negara akan tetapi slot keenam mestilah daripada negara anggota AFC.

https://twitter.com/j_football_now/status/1546821303122165760

Apa kesan kepada pasukan Malaysia?

Semestinya, pasukan Malaysia akan terkesan dengan perubahan peraturan ini.

Tetapi sejauh mana impaknya kepada percaturan wakil negara di kejohanan AFC kelak?

Setakat ini, peraturan yang ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) adalah pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan lima pemain import untuk saingan Liga Malaysia.

Akan tetapi pecahannya adalah tiga pemain import bebas, satu haruslah berasal dari Asia dan satu lagi slot terhad untuk pemain dari Asia Tenggara sahaja.

Jika diikutkan, pasukan-pasukan Malaysia tiada masalah untuk memenuhi kriteria baharu AFC itu. Malah, tidak terkejut jika MFL turut membenarkan kouta enam pemain import supaya ianya selari dengan badan induk bola sepak Asia.

Akan tetapi, jika ianya dilakukan oleh MFL, itu adalah satu langkah yang tidak wajar kerana kelab akan semakin melebihkan pemain luar berbanding pemain tempatan.

Tambahan lagi, pasukan yang sering berbelanja di luar kemampuan akan cuba memenuhkan kouta pemain import dan ini akan membuatkan drama tak bayar gaji pemain semakin teruk.

Jadi, penulis berasakan pasukan dari Malaysia tak akan terkesan dengan perubahan AFC ini dan tidak ada sebarang keperluan untuk MFL mengikuti kouta baharu itu demi menjaga status quo pemain tempatan di Liga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN