Skuad bawah 16 tahun Indonesia melakar kejutan pada perlawanan pertama kumpulan C Kejohanan AFC B-16 apabila menewaskan pasukan gergasi Asia, Iran, 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi.
Dua jaringan daripada pasangan kembar iaitu Bagus Kahfi dan Bagas Kaffa telah memastikan 3 mata penuh menjadi milik Indonesia dan mencerahkan peluang mereka untuk mara ke suku akhir.
FT: IRN 🇮🇷 0 – 2 🇮🇩 IDN
Indonesia enjoy a massive boost in their #AFCU16 campaign with a comfortable win over Iran in Group C! pic.twitter.com/PM2G7s3mCA
— AFC (@theafcdotcom) September 21, 2018
Skuad garuda muda itu membuka akaun jaringan pada minit ke 4 selepas Bagus Kahfi menyudahkan umpanan cantik dari sebelah kiri daripada Supriadi.
Tersentak dengan jaringan awal itu memaksa Iran cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan tetapi jentera tengah dan serangan mereka gagal berfungsi dengan baik.
Malah, Indonesia berpeluang menambah dua gol pada minit ke 25 dan 37 melalui Bagus Kahfi dan Supriadi tetapi rembatan mereka tidak menemui sasaran. Keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
4' GOAL! 1-0 Indonesia 🇮🇩
Supriadi plays in the ball and Bagus bags the first goal with a clinical finish!#AFCU16 pic.twitter.com/H5Vx4vAiOw
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) September 21, 2018
Memasuki babak kedua, Indonesia terus melancarkan serangan bertubi-tubi ke kawasan gol Iran sehingga memaksa penjaga gol Iran bekerja keras untuk menafikan percubaan Bagus Kahfi.
Iran hampir menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan lambung ke arah gawang Indonesia namun bola tersebut hanya singgah di palang gol. Situasi itu membangkitkan lagi semangat pemain Iran untuk terus mengasak sehingga minit terakhir perlawanan.
Organisasi barisan pertahanan Indonesia ternyata lebih tersusun dan berjaya mengekang kemaraan penyerang Iran yang kelihatan buntu untuk mencari gol penyamaan.
Usaha Indonesia untuk mencari gol kedua berhasil memberikan pulangan yang lumayan apabila kembar Bagus iaitu Bagas Kaffa bijak memperdayakan benteng pertahanan Iran lalu melepaskan rembatan ke sudut kanan gawang Iran pada minit akhir perlawanan.
90(+1)' GOAL 2-0 Indonesia 🇮🇩
The crowd goes crazy 🙌 as Bagas caps off a deft slalom into the penalty area with an incredible finish!#AFCU16 pic.twitter.com/ODarVmixDl
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) September 21, 2018
Gol tersebut telah melemahkan semangat pemain Iran dan memastikan juara AFF B-16 itu unggul dalam kumpulan C dengan 3 mata.
Ketua jurulatih skuad Indonesia, Fakhri Husaini melahirkan rasa syukur dan menghamburkan pujian kepada anak buahnya kerana beraksi dengan begitu cemerlang.
“Pertandingan yang sukar. Kami bermain ikut tempo dan transisi dengan baik. Saya bangga dengan permainan anak-anak hari ini. Kemenangan ini sangat bermakna bagi kami. Karana perlawanan pertama tidak begitu mudah,” katanya.