Deeney: “Welbeck Tak Main Pun Masih Dipanggil Wakili England”

Kapten Watford menganggap pemilihan pemain oleh Gareth Southgate sebagai pilih kasih dan lebih memilih pemain berdasarkan kelab berbanding merit atas persembahan.

Beliau hairan pemain seperti Welbeck sentiasa dipanggil oleh England walaupun tak bermain di kelab dan kurang minit perlawanan.

Deeney ternyata kecewa kerana tidak dipilih bermain untuk England meskipun bermula dengan cemerlang bersama Watford musim ini.

Beliau membantu Watford menang 4 daripada 5 perlawanan liga setakat ini. Deeney meletakkan harapan tinggi untuk dipanggil selepas Jamie Vardy mengumumkan persaraan beliau daripada arena antarabangsa.

“Saya hormati keputusan beliau. Saya tak boleh katakan yang saya sangat gembira kerana tak dipanggil.”

“Ini kerana saya antara pemain yang mahukan panggilan itu dan percaya saya berhak mendapatkannya.”

“Saya tahu 4 perlawanan tak cukup untuk anda berada dalam pasukan England.”

“Jika anda melihat Danny Ings, Glenn Murray, Callum Wilson, kami semua mungkin antara senarai yang patut dalam pasukan kebangsaan.”

“Sebabnya.., saya tak berniat nak menghentam Danny Welbeck, saya banyak luangkan masa dengan Danny Welbeck.”

“Namun saya hairan, kenapa dia tetap dipanggil? Walaupun tak bermain? Jadi, pemilihan ini lebih melihat anda pemain pasukan mana.”

Deeney menyatakan yang beliau berusaha meningkatkan kemantapan fizikal beliau selepas agak lebih berat badan.

“Pada harijadi saya ke-30 saya masuk bilik mandi dan melihat cermin. Saya berkata kepada diri sendiri dan saya tak gembira dengan apa yang saya lihat.”

Javi Garcia adalah pengurus yang sangat mementingkan kondisi fizikal terbaik. Beliau mengawal nutrisi pemain. Deeney gembira dengan perkara itu kerana ia akan membantu beliau.

Beliau juga mengakui Javi Garcia membuatkan beliau lebih gembira bermain bola sepak. Deeney sebelum ini bergelut dengan tekanan mental.

“Semua orang ada masalah tersendiri. Wujud stigma dalam bola sepak di mana mereka berkata, main bola dapat duit banyak pun masih ada masalahkah?”

Beliau memberitahu wang bukan segalanya. Deeney kehilangan ayah dan datuknya dalam tempoh 18 bulan. Itu yang membuatkan beliau sangat terkesan.

Beliau bertemu dengan ahli psikologi setiap 2 minggu untuk berhadapan dengan tekanan itu.

Deeney mengakui sangat penting seorang atlet sihat mental dan fizikal untuk bermain pada kondisi terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN