AFC B-23: Malaysia Tewas 4-1 Di Tangan Iraq Pada Hari Pembukaan

Malaysia turun menentang Iraq dalam perlawanan pembukaan Piala Asia B-23 di China.

Farhan Shakor menyempurnakan hantaran lintang pada minit ke-6 dalam percubaan tepat pertama pasukan Iraq. Satu kawalan longgar oleh pertahanan Malaysia membiarkan pemain lawan melakukan tandukan bebas.

Pada minit ke-22, gol Iraq dibatalkan kerana ofsaid. Satu gol yang menarik jika ia tak ofsaid kerana ia daripada permainan berpasukan.

Malaysia jelas terlalu berharap kepada hantaran lintang Matthew Davies, tetapi Iraq berjaya mematikannya dengan fizikal pemain mereka yang lebih baik.

Minit ke-28, Malaysia bolos lagi menerusi percubaan Amjed Attwan. Ifwat mungkin harus melakukan lebih baik di dalam situasi tersebut.

Separuh masa pertama jelas dikuasai oleh pasukan Iraq. Mereka menekan Malaysia dengan intensif walaupun pasukan lawan bermain dengan unit pertahanan yang sangat ramai.

Bersambung babak ke-2, Iraq menambah gol pada minit ke-56 menerusi Alaa Mahwi. Beliau menewaskan Safawi dan Adam Nor Azlin di byline dan melakukan rembatan deras.

Sebelum itu, Iraq melakukan 2 percubaan bahaya tetapi dinafikan oleh Ifwat Akmal.

Iraq menggandakan intensiti permainan mereka. Malaysia dipaksa bertahan dan terus bertahan. Iraq jelas pasukan yang memiliki kecergasan yang sangat tinggi untuk sentiasa berlari dalam padang.

Pada minit ke-75, Ifwat sekali lagi melakukan aksi menyelamatkan voli pemain lawan.

Malaysia akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-79 menerusi Safawi Rasid. Hasil daripada umpanan Akhyar Rashid. Satu jaringan berkualiti daripada penyerang muda Malaysia itu.

Namun 2 minit selepas itu, Iraq meletakkan pasukan mereka dengan 3 gol di hadapan sekali lagi. Hantaran ke belakang Nor Azam Azih dipintas oleh Hessein Ali yang menggelecek Ifwat untuk menyempurnakan gol terbuka.

Namun pada minit ke-87, Malaysia dinafikan gol oleh pengadil walaupun ia kelihatan sudah melepasi garisan gol.

Tamat perlawanan, Iraq menang 4-1 dalam perlawanan yang agak mudah untuk mereka. Jika Iraq lebih tajam, sudah pastinya mereka boleh menang lebih besar.

Aksi separuh masa kedua, serangan Malaysia lebih baik. Namun secara keseluruhan, masih banyak perlu diperbaiki terutama sekali ketika bertahan.

Malaysia akan berhadapan dengan Jordan pada Sabtu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN