Marouane Fellaini Menanti Tawaran ‘Yang Lebih Baik’ Daripada Man United

Marouane Fellaini dilaporkan oleh The Sun telah memaklumkan kepada pengurusnya, Jose Mourinho yang dia mahu meninggalkan Manchester United dan bukannya kontraknya baharu.

Kisah kontrak Fellaini ini telah berlangsung sejak September tahun lalu lagi, selepas dia menolak untuk menerima tawaran kontrak lanjutan daripada Manchester United. Baca di sini.

Fellaini kini telah bebas untuk berbincang dengan kelab-kelab yang berminat untuk mendapatkannya, antaranya kelab daripada Itali, Sepanyol dan Turki.

Valencia, Besiktas dan Juventus telah dikhabarkan sangat berminat untuk mendapatkannya, namun Juventus mungkin telah beralih minat kepada pemain Liverpool, Emre Can.

Walaubagaimanapun, ejen Fellaini digembar-gemburkan sedang menanti tawaran kedua daripada kelab, namun ianya seakan-akan tidak akan berlaku kerana permintaan gaji yang tinggi daripadanya.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Ejennya dilaporkan sangat berharap yang pihak kelab akan menawarkan gaji bernilai £125,000 mingguan, tetapi Manchester United pula dilihat tidak berminat untuk menaikkan lagi tawaran mereka.

Ketika ini, Fellaini dalam kontrak £120,000 mingguan dan Manchester United dilaporkan telah menawarkan nilai kontrak yang sama tetapi dengan pakej insentif yang lebih besar.

Fellaini bukanlah pemain yang digemari oleh penyokong Manchester United, namun mereka kini sudah boleh menerima yang dia adalah pemain yang ‘mungkin’ menawarkan kualiti lain kepada pasukan.

Di mata semua penyokong Manchester United, dan mungkin termasuk juga penyokong kelab lain, Fellaini tampak seperti bukan ‘tipikal pemain Manchester United’.

Walaupun Mourinho kerap kali dilihat ‘merungut’ jika tidak dapat menyenaraikan Fellaini dalam satu-satu perlawanan, Fellaini pula merasakan yang dia kerap terpinggir.

Foto: Getty Images

Daripada 13 penampilan musim ini, hanya empat kali dia diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Dan dia juga mengakui dirinya kurang teruja dengan permainan cara Inggeris.

Pemain berusia 30 tahun itu tampak bergelut sepanjang lima tahun berada di Manchester United, walaupun pada musim lalu, dia telah membuat 47 penampilan bersama pasukan.

Fellaini telah dibawa masuk ke Manchester United oleh bekas pengurusnya di Everton, David Moyes dengan nilai £27.5 juta pada musim 2013/14.

Sebagaimana bekas pengurusnya, Fellaini juga dilihat gagal menyerlah di Old Trafford. Untuk Moyes, dia hanya sempat berkhidmat selama 10 bulan di Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN