AFC B-19: Bojan Hodak Yakin Malaysia Mampu Beri Saingan

Sabtu ini skuad bawah 19 tahun Malaysia akan memulakan cabaran mereka dalam Kejohanan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Indonesia dimana skuad kendalian Bojan Hodak itu diundi dalam Kumpulan D bersama Arab Saudi, China dan Tajikistan.

Dari segi kedudukan ranking FIFA jika dibandingkan dengan 3 negara dalam kumpulan tersebut, Malaysia berada di ranking yang paling rendah. Namun bagi Bojan Hodak kedudukan ranking bukan halangan buat anak buahnya melakar kejutan pada kejohanan peringkat Asia itu.

“Arab Saudi di kedudukan 71 dunia, China 76, Tajikistan 120 dan Malaysia di tangga 171. Jadi secara realistik kami bukan pilihan dalam kumpulan.

“Apa pun kami tetap fokus untuk melakar kejutan, kami tiada tekanan dan akan cuba memberi tentangan sengit kepada lawan dalam setiap perlawanan.

“Kami sudah mengharungi perlawanan (persahabatan) yang sukar dengan Qatar dan UAE yang mana pasukan ini seakan sama dengan Arab Saudi. Jadi, saya fikir kami sudah melakukan persediaan untuk perlawanan pertama kumpulan,” katanya kepada Berita Harian.

Bulan lepas Bojan Hodak berjaya membawa skuad bawah 19 tahun negara mencipta sejarah menjuarai kejohanan AFF buat kali pertama. FOTO: PSSI

Malaysia selaku juara Piala AFF B-19 menyenaraikan 23 pemain terbaik termasuk dua pemain skuad Harimau Malaya, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Akhyar Rashid.

Menerusi senarai dikeluarkan, tidak banyak perubahan apabila Hodak mengekalkan sebahagian besar tonggak yang muncul juara di saingan Piala AFF B-19 di Indonesia pada Julai lalu.

Selain dua bintang muda itu, Hodak mengekalkan kesebelasan utama di kempen AFF sebelum ini iaitu Hadi Fayyadh Abdul Razak, Zafuan Azeman, Shivan Pillay Asokan, Ramadhan Saifullah Usman dan Muhammad Azri Ghani.

Senarai pemain Malaysia B-19

Seandainya Malaysia berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan D, anak buah Hodak akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan C (Australia, Korea Selatan, Vietnam dan Jordan) di suku akhir pada 29 Oktober nanti.

Empat pasukan terbaik daripada kejohanan ini akan mewakili benua Asia bertanding di Piala Dunia Remaja B-20 yang bakal berlangsung di Poland pada pertengahan tahun depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN