AFC B-19: Tewas Tipis Kepada Arab Saudi, Bojan Hodak Perjelas Isu Teknik Pemain

Hadi Fayyadh, Hodak

Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak menerima kekalahan 1-2 anak-anak buahnya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D, Kejohanan AFC B-19 kepada Arab Saudi, kelmarin.

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, Hodak menjelaskan yang perbezaan ketara antara Malaysia dengan pasukan-pasukan elit lain adalah dari segi teknikal.

“Masalah terbesar kita adalah teknik. Kita belum setanding pasukan-pasukan elit lain. Apabila membuat hantaran-hantaran, kita telah gunakan terlalu banyak tenaga.

“Akhirnya kita yang terlalu guna banyak tenaga, bukan pasukan lawan. Selain itu, mereka ini pemain-pemain muda yang belum tahu kawal langkah mereka,” ujarnya kepada media.

Tambahnya lagi, para pemainnya terlampau menekan lawan sehingga mereka sendiri yang terkesan dengan kepenatan sedangkan pihak lawan pandai mengawal situasi.

Bojan Hodak
Foto: Berita Harian

Walaubagaimanapun, baginya, mereka telah berikan yang terbaik dan dia berbangga dengan apa yang telah dipamerkan oleh mereka walaupun terpaksa tunduk kepada Arab Saudi.

“Saya tidak kecewa. Saya bangga dengan mereka. Kita belum sampai ke tahap itu lagi (untuk bersaing rapat dengan pasukan-pasukan hebat),” ujar Hodak lagi.

“Saya berbangga dengan aksi para pemain, mereka telah beri segalanya. Ya, mereka sepatutnya menjaringkan banyak gol kerana mereka miliki empat, lima peluang yang sepatutnya disudahkan.

“Di benteng, mereka sedikit lalai terutamanya ketika mereka penat, mereka beri banyak ruang dan terlepas kawalan bola. Kita perlu perbaiki perkara ini jika mahu mara,” jelas Hodak.

Arab Saudi mendahului perlawanan apabila Turki Marwan Alammar meledak gol pembukaan pada minit ke-24 sebelum Salem Ahmed Alsaleem menambah gol kedua pada minit ke-78.

Foto: FAM

Penjaga gol negara, Azri Ghani wajar dipuji atas aksi tangkasnya di gawang dalam menafikan beberapa peluang lawan termasuk sepakan penalti yang diambil oleh Alammar.

Gol tunggal dan saguhati skuad negara hadir terlalu lewat, iaitu 3 minit sebelum perlawanan berakhir melalui jaringan penyerang tunggal, Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Skuad muda negara akan berdepan Tajikistan pada Selasa dan perlawanan ini bakal menjadi penentu samaada skuad Hodak akan kekal bersaing untuk terpaksa pulang awal daripada Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN