AFC B-16: Luqman Hakim Impi Kasut Emas Dan Bantu Malaysia Mara Ke Piala Dunia B-17

Aksi pertama Malaysia menentang Tajikistan tempoh hari pastinya akan diingati sebagai hari indah pemain B-16 Malaysia, Luqman Hakim.

Beliau menjaringkan 4 gol untuk membantu Malaysia menang 6-2 ke atas Tajikistan. Gandingan beliau dan Najmudin Akmal memang sangat menjadi hari itu.

Lantas pemain muda kelahiran Kelantan itu mengidam untuk membawa pulang Kasut Emas kejohanan ini.

Luqman menganggap ianya sebagai misi peribadi. Keutamaan tetap diberikan kepada misi secara berpasukan. Luqman berkata, misi Malaysia B-16 adalah untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia B-17 di Peru.

Malaysia akan turun menentang Thailand pada aksi kedua, sepak mula pada 4.30 petang hari ini. Dan Luqman Hakim pastinya menjadi sandaran sekali lagi.

Beliau ternyata teruja menjaringkan 4 gol dalam 1 perlawanan. Ia adalah pencapaian terbaik beliau setakat ini. Luqman menjadikannya motivasi untuk beliau memburu kemenangan bersama pasukan.

Luqman menyatakan kepada Afc.com

“Ini adalah hasil usaha keras berpasukan. Paling penting adalah kami berjaya memulakan kempen dengan baik.”

“Saya gembira melihat wajah keluarga yang datang memberikan sokongan.”

“Saya juga gembira dengan rakan sepasukan dan berpuas hati dengan aksi kami.”

“Saya menjaringkan 4 gol pada hari ini. Saya yakin akan dapat menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak kejohanan.”

“Dan semoga Malaysia akan mara ke Piala Dunia B-17 edisi 2019 di  Peru.”

“Fokus kami sekarang adalah perlawanan menentang Thailand dan kami akan cuba bermain lebih baik.”

Kejohanan Piala AFC B-16 akan menawarkan 4 slot ke Piala Dunia B-17. Jadi, misi utama pasukan Malaysia adalah untuk mara sehingga ke separuh akhir kejohanan.

Hanya empat daripada 16 negara terbaik Kejohanan B-16 layak ke Piala Dunia B-17.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN