Ya, ini cerita betul-betul bukan kisah tipu!
Legenda permainan video Pro Evolution Soccer (PES) bakal kembali mencipta kemunculan selepas sekian lama menyepi.
Untuk edisi PES2019, Konami telah membuat satu keputusan yang nyata popular buat para pemain mereka kerana mereka telah menambah nama bekas pemain Internazionale, Adriano ke dalam senarai pemain Legends mereka.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kerjasama antara Konami dan juga Internazionale sebagai rakan kongsi untuk siri PES2019.
Selain Adriano, 3 pemain legenda kelab tersebut turut akan membuat penampilan dalam siri ini.
Mereka adalah Youri Djorkaeff, Estaban Cambiasso dan juga Alvaro Recoba.
Adriano dan juga Recoba sentiasa dikenang sebagai legenda dalam siri PES terutamanya pada zaman PlayStation 2.
Secara ikoniknya, Adriano pernah mempunyai rating 99 dalam kekuatan rembatan beliau dalam siri PES6.
Sementara Recoba pula mempunya rating 99 untuk lencongan rembatan.
4 legenda Internazionale ini akan menyertai barisan para Legends dalam siri PES2019.
Berikut merupakan nama-nama lain yang tersenerai sebagai Legends dalam siri PES2019:
- Ronaldinho
- Michael Owen
- Ian Rush
- Robbie Fowler
- Steven Gerrard
- Steve McManaman
- Kenny Dalglish
- Kevin Keegan
- Diego Maradona
- David Beckham
- Romario
- Ruud Gullit
- Alessandro Del Piero
- Pavel Nedved
- Paolo Maldini
- Marcelo Salas
- Johan Cryuff
- Ivan Zamorano
- Cafu
- Bebeto
- Patrick Vieira
- Luis Figo
- Lotthar Matthaus
- Roberto Carlos
- Oliver Kahn
PES2019 akan membuat kemunculan di seluruh dunia pada 31 Ogos ini.