Menjelang pertemuan dengan bekas kelabnya Manchester United pada Khamis ini, Adnan Januzaj menyingkap kembali ‘kenangan pahit’ yang dilaluinya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut beberapa tahun lalu.
Dalam temubualnya bersama BBC, Pemain sayap Real Sociedad tersebut menyatakan bekas pengurus United, Louis van Gaal lebih cendurung untuk membeli pemain sehingga £100 juta (RM559 juta) berbanding memberikannya peluang.
“Van Gaal mahu pemain berpengalaman, dia rela beli pemain sehingga £100 juta. Sedangkan apa yang saya mahu adalah kepercayaan jurulatih kepada saya,” ujar pemain berusia 26 tahun itu.
Janujaz menyertai akademi United sejak berusia 16 tahun pada 2011 dan dibentuk menerusi sistem pembangunan pemain muda sewaktu era Alex Ferguson dan berjaya memecah masuk ke skuad utama sebaik sahaja David Moyes dilantik sebagai pengurus pada musim 2013/14
Adnan Januzaj has won Man United's Player of the Month award. He's been the bright spark of David Moyes' reign. #MUFC pic.twitter.com/1gX5zsd5tt
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 4, 2014
Tahun tersebut pastinya menjadi momen paling manis sepanjang kariernya di Old Trafford di mana beliau telah dicanang sebagai bintang masa depan United.
Selain memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan kelab, beliau juga dicalonkan untuk anugerah Personaliti Sukan Muda Tahunan BBC dan seterusnya ditawarkan kontrak baharu selama lima tahun.
Kemuncaknya skuad kebangsaan Belgium di bawah kendalian Marc Wilmots telah memilihnya dalam senarai 23 pemain untuk menghadapi kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil ketika baru berusia 18 tahun.
Apabila Moyes dipecat dan digantikan dengan Van Gaal pada awal musim 2014/15, di situlah bermula ‘mimpi buruk’ Januzaj di United.
Sekalipun diberikan jersi nombor 11 yang sebelum itu merupakan milik legenda kelab Ryan Giggs, ia tidak menjadi jaminan untuknya diberi peluang beraksi lebih kerap seperti musim pertamanya.
🗣 | Adnan Januzaj: “The few people? It was the staff – his [Louis van Gaal] staff because I had to do whatever he was saying. I was a young boy, I just had to stay calm and, like we say, I just had to shut up and work on the pitch.” #MUFC [MEN] pic.twitter.com/GEs8U821As
— UtdXclusive (@UtdXclusive) February 16, 2021
“Selepas Moyes pergi, keadaan menjadi sukar kerana saya tidak dapat banyak bermain. Saya main satu perlawanan, kemudian menunggu di bangku simpanan, kemudian satu perlawanan lagi, kemudian enam perlawanan di bangku simpanan,” katanya lagi.
“Sebagai pemain muda, saya mahu bermain, sukar untuk saya terus kekal di bangku simpanan kerana saya mahu buktikan kepada semua orang betapa bagusnya saya.
“Sebelum itu saya ada tiga jurulatih, Warren Joyce [jurulatih skuad simpanan], Sir Alex Ferguson dan Moyes. Mereka semua beri saya peluang bermain untuk kelab yang saya sayangi itu, sehinggalah mereka [jurulatih seterusnya] datang.”
Janujaz hanya dapat memulakan sembilan perlawanan EPL di bawah Van Gaal dan apabila Memphis Depay dibawa masuk pada musim berikutnya, ianya seolah-olah merupakan isyarat bahawa beliau bukan lagi pemain penting dan tidak diperlukan.
https://twitter.com/EasyWorldNews/status/1361628164800212993?s=20
Lalu beliau dipinjamkan ke Borussia Dortmund dan kembali semula pada pertengahan musim. Keadaan menjadi semakin teruk apabila Jose Mourinho tiba di United pada 2016 dan jersi nombor 11 miliknya telah ‘dirampas’ untuk diserahkan kepada Anthony Martial.
David Moyes cuba untuk membantu dengan meminjam Januzaj bagi beraksi lebih kerap di Sunderland. Namun proses tersebut tidak membantu perkembangan kariernya selepas gagal menyerlah sepanjang musim tersebut.
Selepas pelbagai langkah untuk meningkatkan semula keriernya di United menemui jalan buntu, Januzaj akhirnya dijual ke Real Sociedad pada Julai 2017 dengan harga ‘lelong’ £9.8 juta sahaja walaupun satu masa dahulu beliau pernah dinilai dengan harga £40 juta.
Perlawanan di antara Real Sociedad dan United pada Khamis ini akan berlangsung di Itali bertempat di Stadium Allianz milik Juventus disebabkan kerajaan Sepanyol menguatkuasakan larangan kemasukan pengunjung dari United Kingdom.
Namun Janujaz beranggapan situasi tersebut tidak akan memberi sebarang masalah kerana ketiadaan penyokong di dalam stadium.
“Saya sangat gembira dapat kembali semula ke Old Trafford [untuk aksi timbal balik]. Penduduk di bandar itu sangat menakjubkan. Untuk kembali semula ke tempat di mana saya memulakan karier akan menjadi perasaan yang luar biasa.”
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Adnan Januzaj dan Manchester United:
Adnan Januzaj: Prospek Gagal Man Utd, Sertai Real Sociedad Dengan Nilai £9.8 Juta
Adnan Januzaj: Prospek Muda Yang Pernah Bernilai 40 Juta Pound Satu Masa Dahulu
Dortmund Menyesal Tak Jual Sancho Kepada Manchester United Awal-Awal