Adik Wan Kuzain, Wan Kuzri Bakal Perkuat Skuad B-19 Negara?

Stadium Astro dalam laporannya pada Rabu mendedahkan skuad bawah 19 tahun (B-19) negara bakal disertai oleh seorang pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat menjelang Kejohanan AFC B-19 2020 di Uzbekistan pada Oktober depan.

Pengurus pasukan kebangsaan B-19, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahaer mengesahkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini dalam usaha untuk membawa pulang pemain itu bagi memperkuatkan skuad bimbingan Brad Maloney di kejohanan tersebut.

Bagi merintis kemungkinan layak ke Piala Dunia B-20 di Indonesia pada tahu depan, Malaysia perlu mendapatkan pemain terbaik yang dapat membantu pasukan negara muncul empat pasukan terbaik.

Kamarul dalam kenyataannya menjelaskan, pemain muda berbakat itu kini sedang beraksi bersama sebuah kelab di negara ‘Uncle Sam’ tersebut dan kini pihaknya sedang berusaha untuk menguruskan segala hal terutamanya melibatkan hal dokumentasi.

“Kami masih lagi menghormati situasi pemain tersebut untuk mendapatkan kad pengenalan Malaysia. Dia tidak bermasalah dalam hal ini dan kedua-dua ibu bapanya berasal dari Malaysia,” katanya.

Sekalipun nama pemain tersebut tidak didedahkan, pihak SemuanyaBOLA cuba membuat carian dari beberapa sumber dan berkemungkinan besar pemain yang dimaksudkan adalah adik kepada Wan Kuzain Wan Kamal iaitu Wan Kuzri.

Bapa Wan Kuzri, Wan Kamal sebelum ini pernah berkongsi dalam akan media sosialnya mengenai perkembangan anaknya itu yang sudah menyertai akademi Saint Louis Professional Football Club dan kini sedang beraksi bersama skuad B-19 pasukan itu.

Wan Kamal kemudian bergurau dengan mengatakan Wan Kuzri lebih ‘berbisa’ daripada abangnya, Wan Kuzain.

Pada 2017 Wan Kuzri juga pernah dipanggil untuk menyertai latihan bersama skuad remaja Amerika Syarikat di California.

Kuzri Wan Kamal, Adik Kepada Wan Kuzain Terpilih Sertai Latihan Skuad Remaja USA

Dalam perkembangan lain, Kamarul Ariffin turut berkongsi mengenai persiapan pasukannya yang akan menjalani latihan di India pada Mac dan kemudian Perancis pada September.

“Kami telah menerima jemputan untuk menyertai Piala Perancis dan bakal menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia yang bertanding dalam kejohanan tersebut. Ia akan digunakan sebagai medan persiapan skuad negara sebelum menghadapi saingan di Tashkent.”

Kredit Foto: Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN