Kuzri Wan Kamal, Adik Kepada Wan Kuzain Terpilih Sertai Latihan Skuad Remaja USA

Wan Kuzain Wan Kamal adalah seorang pemain bola sepak kelahiran Malaysia yang cukup terbilang aksinya di Amerika Syarikat.

Tinggal di Amerika Syarikat bersama-sama ahli keluarganya, beliau kini telah berjaya mewakili Amerika Syarikat di peringkat remaja.

Selepas Kuzain, adiknya pula iaitu Kuzri Wan Kamal kini telah menempa nama dalam bidang bola sepak!

Sertai skuad remaja

Menerusi bapanya iaitu Wan Kamal, Kuzri kini terus diberi perhatian oleh skuad kebangsaan Amerika Syarikat.

Menerusi laman Facebooknya, Kamal mengesahkan yang Kuzri kini telah dipanggil untuk menyertai latihan bersama skuad remaja Amerika Syarikat di California.

“Kami baru saja menghantar Kuzri ke lapangan terbang dan beliau akan terbang ke Carson di California untuk menyertai US Youth National Team 02.”

“Beliau akan menyertai latihan tersebut dari 26 haribulan hinggalah 30 haribulan.”

Kuzri Wan Kamal (berbaju kelabu) dipanggil menyertai skuad remaja USA.

Selain itu, Kamal juga memohon agar doa dipanjangkan untuk Kuzri agar beliau memperoleh keselamatan dan dipermudahkan urusan sepanjang berada di latihan tersebut.

Saya berharap semua waris dan kawan-kawan dapat mendoakan kejayaan dan keselamatannya.”

“Hanya Allah saja mampu membalas jasa anda semua. Selamat berpuasa buat semua.”

Kami di Semuanya BOLA mendoakan semoga Wan Kuzain memperoleh kejayaan sepanjang berada di latihan tersebut.

Semoga berjaya, Kuzri Wan Kamal!

Leave a Reply