Adidas Predator Accelerator ‘Remastered’ Temui Peminat, Mengimbau Nostalgia Kelegendaannya

Adidas sebelum ini sudah mewar-warkan akan mengeluarkan versi baharu Adidas Predator. Dan ianya akan menemui peminat siri tersebut di pasaran apda 23 Ogos 2018 ataupun Khamis ini.

Adidas Predator Accelerator yang merupakan ‘remastered’ kepada Adidas Predator Accelerator yang dikeluarkan pada 1998. Ianya dianggap versi ‘throwback’.

Adidas Predator adalah antara siri kasut yang memiliki ramai peminat di seluruh dunia. Beckham, Del Piero, Gerrard, Zidane antara nama-nama yang sinonim dengan kasut ini.

David Beckham pastinya nama yang sangat dekat dengan kasut ini. Kuasa publisiti pada Beckham dan imej ikonik Adidas Predator menjadi antara sebab kasut ini mendapat perhatian ramai.

Ini adalah gambar David Beckham dengan Adidas Predator Accelerator 1998.

26 Jun 1998: David Beckham of England celebrates with team mate Gary Neville after curling in a freekick in the World Cup group G game against Colombia at the Stade Felix Bollaert in Lens, France. England won 2-0 to qualify for the knockout phase. Mandatory Credit: Ross Kinnaird /Allsport

Adidas Predator yang pertama dikeluarkan pada 1994. Dan kini jenama kasut ini sudah pun berusia 24 tahun.

Jika anda peminat kasut ini, anda perlu cepat-cepat mendapatkannya kerana Adidas menyatakan yang tempahan permintaan untuk kasut ini sangat tinggi.

Kasut ini diperbuat daripada material campuran dengan mengekalkan rona klasik, hitam, merah dan putih. Paling penting lidahnya yang berlipat.

Pro-Direct Soccer menyatakan harga kasut ini adalah $250 untuk versi trainers, dan $350 untuk versi cleats.

Pada Khamis ini, kasut ini dijual secara terus kepada pelanggan di kedai rasmi Adidas dan Pro-Direct Soccer. Selepas itu, anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai sukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN