Lallana: Klopp Mungkin Selalu Maki Saya Ketika Perlawanan, Tapi Beliau Buat Saya Dihargai

“Pada musim lepas, akhbar semuanya melaporkan yang saya akan meninggalkan Liverpool. Dan ramai juga yang mahu saya keluar”

Adam Lallana memulakan temu ramahnya dengan wartawan The Guardian, Andy Hunter dengan perbandingan kariernya sebelum dan selepas kehadiran Jurgen Klopp.

“Kehadiran Jurgen Klopp bermakna ia adalah satu permulaan baru untuk semua pemain.”

Lallana adalah salah seorang pemain Liverpool yang sangat-sangat memerlukan permulaan baru.

Gagal menyerlah di bawah kendalian Brendan Rodgers sejak perpindahan bernilai £25 juta dari Southampton, Lallana juga tidak dibantu oleh masalah kecederaannya.

“Saya pernah secergas sekarang sebelum ini. Musim lepas, saya mempunyai kecederaan. Musim ini juga saya ada beberapa kecederaan, tapi taktikal Klopp membuatkan saya nampak cergas.”

Masakan tidak. Taktikal Klopp memerlukan setiap pemain bekerja keras walau ketika kehilangan bola.

“Dia (Klopp) tak suka bertahan secara pasif. Itu ayat yang selalu beliau guna – pasif.”

“Dia berkata tiada gunanya bermain bola sepak jika bermain secara pasif.”

Muncul pemain penting dalam pelan Klopp

Sejak ketibaan Jurgen Klopp di Anfield pada Oktober 2015, bukan sahaja prestasi Liverpool berjaya diperbaiki. Malah prestasi Adam Lallana juga – salah seorang daripada 5 pemain Liverpool yang terpilih dalam skuad 26 pemain England untuk EURO 2016.

“7 bulan yang lepas sangat penting bagi saya. Saya rasa saya dah secocok dengan Liverpool.”

“Saya rasa sangat dihargai oleh pengurus baru (Klopp).”

Selain muncul sebagai salah seorang pemain kesebelasan utama Klopp, Lallana juga menghargai usaha Klopp menunaikan janji yang dibuatnya kepada pemain Liverpool ketika sesi perjumpaan pasukan sebelum final League Cup 2015/2016 menentang Manchester City.

“Dalam sesi perjumpaan tersebut, Klopp berjanji akan bawa kami ke banyak perlawanan final lagi.”

“Cara dia menyebutnya, ayat yang digunakannya – dia membuatkan kami percaya lepas ini akan ada banyak lagi final untuk Liverpool.”

“3 bulan selepas final pertama, kami berada dalam perlawanan final kedua kami pula.”

Lallana adalah salah seorang daripada 3 pemain Liverpool yang sepakan penaltinya diselamatkan oleh Willy Caballero ketika final League Cup pada Februari lepas.

Manchester City bergelar juara, menang penentuan penalti 3-1 selepas terikat 1-1.

Kini Lallana bakal berhadapan dengan final keduanya pada musim ini. Menentang Sevilla dalam final UEFA Europa League 2015/2016.

Dimaki Klopp

Meskipun namanya jarang tercicir daripada senarai kesebelasan utama Klopp, Lallana tidak terlepas daripada hamburan makian Klopp ketika perlawanan.

“Dia menjerit kepada saya supaya lebih kompak semasa menentang Chelsea pada minggu lepas (seri 1-1). Tapi anda tak boleh ambil hati. Itu cuma personaliti dia – emosional dan agresif.”

“Paling penting sekali, anda tak boleh balas ‘apa dia?’ kepada arahannya.”

“Pernah sekali semasa menentang Leicester (Liverpool kalah 2-0), saya buat silap. Ketika itu, stadium sangat bising. Saya cakap saya tak dengar bila dia menjerit kepada saya.”

“Anda kena anggukkan kepala tanda faham, walaupun anda sebenarnya tak faham apa yang dia cakap.”

Menurut Lallana lagi, Klopp hanya marah ketika 90 minit berlangsung. Selepas 90 minit, beliau sentiasa menerangkan kepada setiap pemain mengapa beliau menjerit kepada mereka.

Baca juga: 10 Sebab Mengapa Mustahil Untuk Anda Benci Jurgen Klopp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN