Pemain baru JDT, Adam Nor Azlin ternyata ada misi peribadi pada musim hadapan. Beliau memberitahu media bahawa beliau mahu menjadi pemain dalam kesebelasan utama pasukan JDT.
Jadi, tiada isu untuk datang ke JDT hanya sekadar mahu menjadi pemanas bangku simpanan. Beliau yakin akan dapat melakukannya dengan keupayaan yang ada serta kualiti latihan yang beliau dapat di JDT.
Adam Nor Azlin yang memulakan karier sebagai pemain penyerang telah banyak bermain di barisan pertahanan pada musim lalu dan beliau berjaya melakukannya dengan baik.
Beliau lebih fokus kepada posisi pertahanan dan mengakui banyak cabaran di posisi tersebut dalam pasukan baru beliau. Bukan satu tugas mudah untuk memecah masuk sebagai pemain utama pasukan.
Dipetik dari sumber Stadium Astro, pemenang pingat perak Sukan SEA 2017 ini berkata:
“Bagi saya, penghijrahan ke JDT adalah untuk memperkembangkan bakat walaupun ada yang mengatakan saya akan duduk di bangku simpanan kerana ke mana sahaja pasukan yang saya pergi, saya akan berjuang untuk mendapatkan tempat.”
“Saya akan membuktikan kepada jurulatih bahawa saya mampu untuk beraksi dalam kempen Liga Super atau kejohanan lain.”
Beliau menyatakan, keputusan untuk meninggalkan pasukan Selangor adalah sukar kerana keluarga beliau semua ada di Selangor. Tetapi beliau terpaksa membuatk keputusan menyertai JDT demi karier bola sepak.