Raphael Varane telah ditanya adakah beliau menyesal meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Manchester United, dan jawapan beliau jelas sekali akan menggembirakan penyokong Red Devils.
Bintang Perancis itu mendedahkan yang beliau sebenarnya langsung tak menyesal memilih untuk menyertai Manchester United dan meninggalkan Real Madrid.
Pemain pertahanan berusia 29 tahun itu menyertai Manchester United pada musim panas lalu dengan beliau telah membuat 22 penampilan bersama Red Devils dalam saingan Premier League.
Raphael Varane when asked if he regrets joining #mufc: "No, absolutely not." [bbc]
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) July 21, 2022
Minit permainan beliau terjejas dek kerana beliau kerap diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Man United mengakhiri saingan musim lalu di kedudukan keenam, dengan mereka turut gagal memenangi sebarang kejuaraan.
Bekas kelab Raphael Varane, Real Madrid sementara itu berjaya memenangi gelaran La Liga dan turut cemerlang menjulang gelaran Champions League pada musim lalu.
Pemain centre back itu walau bagaimanapun menolak dakwaan yang menganggap beliau tersalah langkah meninggalkan Real Madrid hanya untuk menyertai Man United.
Ketika ditanya adakah beliau menyesal menyertai Man United, Varane mendedahkan kepada BBC Sport bahawa:
“Tidak, jelas sekali memang tak.”
Raphael Varane has shown his top mentality after he was questioned about the competition in defence at #mufc next season ⬇️
— UtdDistrict (@UtdDistrict) July 21, 2022
“Dalam bola sepak, kamu perlu cabar diri sendiri dan cuba perbaiki diri. Saya mahu nikmati pengalaman baru selepas 10 tahun kekal di tempat yang sama.”
“Saingan Premier League sememangnya menakjubkan dan Manchester United juga sebuah kelab yang hebat. Memang tak ada keraguan sama sekali tentang keputusan saya.”
Varane akan bermain di bawah kendalian pengurus ketiga beliau sepanjang kariernya di Old Trafford pada musim baharu nanti.
Beliau pada awal ketibaannya telah beraksi di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, lalu kemudiannya beliau bermain di bawah kendalian Ralf Rangnick dan kini beliau akan beraksi di bawah kendalian Erik ten Hag.
Varane percaya yang skuadnya itu memiliki potensi yang besar di bawah kendalian pengurus dari Belanda itu, dan buktinya boleh dilihat pada apa yang mereka persembahkan sepanjang aksi pra-musim ini.
“Ia musim baru. Permulaan baru.”
Tambah Varane lagi.
"There is no doubt about my decision" 🗣
Raphael Varane on whether he made the wrong decision in joining Manchester United ⬇️ pic.twitter.com/TSt45vHZCX
— Man United News (@ManUtdMEN) July 22, 2022
“Keyakinan itu sangat penting dan kami hilang keyakinan ketika kami kalah beberapa perlawanan. Tapi saya rasa kami ada potensi yang besar.”
“Pengurus baru sangat positif. Dia mahu semangat ini terus dikekalkan, dia mahu kami bermain menekan ke atas dan berikan ruang di bahagian belakang. Itu mungkin lebih offensive tapi ia adalah corak permainan yang sangat menyeronokkan.”
Dengan kehadiran Lisandro Martinez, Varane berpotensi untuk hilang tempat dalam kesebelasan utama dengan United kini pening kepala mahu memilih pemain utama mereka pada musim hadapan.
Walau bagaimanapun, tidak kira siapa bermain dahulu, Varane percaya yang persaingan seperti itu merupakan satu hal yang hebat untuk kelab.
“Persaingan merupakan satu hal yang bagus untuk skuad.”
Jelas Varane.
🎙 Raphaël Varane : “We tried to keep the ball in possession. And tried to press very high. It’s a very physical style. That’s why we know we need to work hard in training.” @BeanymanSports 👊🔴 pic.twitter.com/n0rZgN43mA
— UtdPlug (@UtdPlug) July 13, 2022
“Harry merupakan pemain penting untuk kami. Dia ketua dan jelas sekali dia ada kualiti yang sangat bagus.”
“Skuad akan sentiasa menjadi lebih bagus dengan ada persaingan seperti ini. Setiap kelab hebat memang seperti ini. Jika semua orang mahu berjuang untuk kelab, itu adalah hal yang sangat bagus.”