Leipzig Ajak Liverpool ‘Rematch’ Dengan Syarat Nunez Jangan Main

RB Leipzig bergurau mengajak Liverpool untuk berlawan sekali lagi dengan syarat The Reds tak boleh menurunkan Darwin Nunez dalam perlawanan tersebut.

Pemain kebangsaan Uruguay itu baru sahaja menyertai The Reds dari Benfica pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini dengan yuran perpindahan bernilai £85 juta.

Beliau berjaya menjaringkan empat gol ketika skuad kendalian Jurgen Klopp itu membelasah RB Leipzig 5-0 awal pagi tadi.

Ia merupakan kenduri gol pertama Liverpool pada aksi pra-musim ini dengan mereka sebelum ini mencatatkan kemenangan 2-0 bertemu Crystal Palace dan kekalahan memalukan 4-0 bertemu Manchester United minggu lalu.

Mohamed Salah berjaya membuka tirai jaringan dalam perlawanan bertemu RB Leipzig, dengan Darwin Nunez kemudiannya meledak empat gol untuk bantu Liverpool mencatat kemenangan 5-0.

Selepas memulakan aksi pra-musim bersama Liverpool dengan agak meragukan, Darwin Nunez akhirnya berjaya menutup mulut pengkritiknya dengan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh dasyat.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp turut menghamburkan pujian menggunung kepada pemain penyerang itu atas impak yang beliau tunjukkan dalam perlawanan tersebut.

“Kami selalu fikir jika kamu membayar duit yang banyak, kemudian pemain itu akan merasakan tekanan atau apa sahaja.”

Jelas Jurgen Klopp.

“Mereka semua jelas sekali hanyalah manusia biasa dan sentuhan pertama itu tak sempurna. Pemain pada generasi ini kerap membaca media sosial, yang mana ia tak bijak, cuma mereka tetap lakukan.”

“Dengan tiba-tiba kamu akan tergesa-gesa dan terlibat dengan semua hal ini. Itu adalah cara terbaik untuk kamu hentikan hal ini. Dia penyerang yang berbeza dari apa yang kita ada atau apa kita pernah ada, tapi dia memang yang terbaik.”

Selain Jurgen Klopp, ramai lagi pihak yang tampil menghamburkan pujian menggunung kepada bekas bintang Benfica itu di laman media sosial.

Selepas Liverpool memuat naik gambar bintang berusia 23 tahun itu di laman media sosial milik mereka, RB Leipzig kemudiannya tampil memuat naik status bergurau tentang hal tersebut.

“Bila perlawanan ulangan tanpa @Darwinn99? Lelaki itu sangat buas.”

Tulis RB Leipzig di laman media sosial miliknya.

Gurauan dari admin media sosial kelab dari Ierman itu mencuri perhatian peminat yang turut terpukau melihat persembahan Darwin Nunez dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN