Adakah Tomislav Steinbruckner Sedia Ambil Risiko Turunkan Akhyar Rashid?

Hanya pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner sahaja kini yang mampu membuat keputusan untuk menurunkan Akhyar Rashid atau tidak bagi aksi kedua Liga Super 2024/2025 berdepan Penang.

Terdahulu, Akhyar sah kembali menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan lain selepas beliau diberi tempoh berehat kerana isu kecederaan dimiliki.

Apa tidaknya, Akhyar sebelum ini telah pun diserang oleh dua individu tidak dikenali di sekitar Kuala Terengganu dengan objek keras sebelum saingan Liga Super bermula sehingga mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan, serta kaki.

Kecederaan itu menyaksikan Steinbruckner terpaksa mengetepikan beliau terlebih dahulu pada aksi pertama mereka sewaktu menentang Perak sebelum beliau dilaporkan sudah sembuh serta kembali menjalani sesi latihan.

Seperti diketahui, anak jati Kedah itu antara pemain serangan cukup berkualiti yang telah dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini kepada Terengganu.

Kemasukan Akhyar bersama Safawi Rasid jelas menjadi pertaruhan sangat penting buat Steinbruckner untuk mengatur siri serangan baharu lebih baik jika dibandingkan pada tahun lalu.

Walaupun begitu, Steinbruckner enggan mengambil risiko untuk terus menurunkan Akhyar pada aksi kedua ini dengan beliau mahu menilai tahap kecederaan serta kecergasan pemain tersebut terlebih dahulu.

Walaupun masih ragu-ragu dengan keadaan semasa Akhyar, pengendali berpengalaman itu mengakui beliau masih berharap agar pemain tersebut tampil dalam keadaan terbaik untuk dibawa turun beraksi pada saingan akan datang.

“Jika ikutkan, memang kita memerlukan khidmat Akhyar kerana dia pemain yang berkualiti dan pada masa sama dia mampu menjana corak serangan terutama kepantasan dan ketajamannya di depan gawang.

“Namun sebelum menurunkan pemain itu berdepan Penang FC nanti, saya akan menilai terlebih dahulu tahap kesembuhan kecederaan yang dialaminya serta kecergasannya.

“Jika dia benar-benar pulih dan cergas, tiada sebab untuk merehatkannya, pasti dia berada dalam senarai pemain.

“Namun saya tidak mahu mengambil risiko lebih-lebih lagi jadual liga panjang musim ini,” kata Steinbruckner menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Jika Akhyar masih perlu direhatkan pada aksi seterusnya, jangkaan Norhakim Hassan akan terus digunakan bagi menghadapi Penang di posisi sayap Sang Penyu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN