Umpama tikus membaiki labu, Melaka United seperti tidak tahu apa yang mereka lakukan dan adakah ia akan merosakkan pasukan dalam baki saingan nanti?
Melihatkan kombinasi sentuhan penyerang baharu Melaka United, Andriano dan Giovane Gomes mungkin berbahaya, tetapi masalah mereka adalah di benteng.
Tidak pasti mengapa barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan memilih untuk menggugurkan Alex Goncalves dan Stefan Nikolic. Kedua-duanya dilihat tidaklah terlalu teruk prestasinya, malah membantu pasukan dalam meledak gol.
Alex Goncalves telah meledak tiga gol dalam 730 minit permainannya, sementara Stefan Nikolic pula hanya memerlukan 542 minit untuk meledak empat gol.
Mereka berdua merupakan penyumbang utama gol buat skuad Hang Tuah selain pemain sayap pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), S. Kumaahran yang turut meledak tiga gol peribadi dalam 918 minit permainan yang direkodkannya.
PERSELA AND THEIR GREAT BOMBER
Selalu ada Striker Persela yang mampu mencetak minimal 15 gol selama gelaran Liga Indonesia (#Liga1🇮🇩 era)
2017 🇮🇩Samsul Arif: 17 Gol
2018 🇫🇷Loris Arnaud: 15 Gol
2019 🇧🇷Alex Goncalves: 17 Gol💣💣
[Bolaindostats] pic.twitter.com/rrejwgqHCL
— . (@Indostransfer) August 3, 2020
Untuk Alex Goncalves, mungkin agak logik untuk mengatakan beliau gagal menyerlah sebagaimana aksinya bersama Parsela Lamongan di Liga 1 Indonesia – meledak 17 gol dalam 29 penampilan. Bagi Stefan Nikolic, mungkin sedikit tidak adil buatnya.
Jadi, jika kedua-duanya menyumbang gol, di mana masalah utama Melaka United musim ini yang menyebabkan mereka terjerumus ke kedudukan kedua tercorot liga?
Posisi itu tidak ditambah baik dengan pemain baharu iaitu di benteng pertahanan.
Mereka antara lima pasukan yang merekodkan bolos terbanyak iaitu 19 bolos selain UiTM FC (30 bolos), Sri Pahang (22), Perak FC (21) dan Selangor FC (20).
Malah dalam aksi pemanas badan menentang Selangor baru-baru ini yang telah menyaksikan mereka menang, gol tetap dibolosi – Melaka United menang 3-2.
Profil Pertahanan Melaka United FC, Jang Suk-Won.#PlayerProfile#MelakaUnitedFC2021 #AllUniteForMelaka pic.twitter.com/nbvt4XDBe8
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) June 12, 2021
Berikut merupakan empat pemain yang membentuk bek berempat Melaka United dan merekodkan penampilan terbanyak iaitu Jang Suk-won (1126 minit), Razman Roslan (725 minit), Wan Amirul Afiq (972 minit) dan Faris Shah Rosli (821 minit).
Adakah pemain-pemain ini gagal membentuk kombinasi yang baik? Jika melihatkan jumlah bolos, ia memungkinkan hipotesis tersebut. Jadi, apa tambah baik yang boleh dilakukan oleh Zainal Abidin Hassan untuk memperbaiki situasi tersebut?
Ratio bolos Melaka United selepas 13 perlawanan adalah 1.47 per perlawanan. Mereka berkemungkinan akan bolos dalam setiap perlawanan sekurang-kurangnya satu gol.
Ia mungkin tidaklah seburuk seperti musim 2017 – ratio 2.1 bolos per perlawanan, namun mereka pernah merekodkan ratio bolos yang lebih baik iaitu 1.36 bolos per perlawanan pada musim 2019. Tonggak pertahanan ketika itu adalah Shukor Adan.
Bila ada Shukor Adan, anda boleh tahu bagaimana dominannya beliau di posisi tersebut sebagai ketua dan ‘suara’ dalam pasukan. Kini, siapa ‘suara’ di benteng?
Norhafiz Zamani: Karisma Dimiliki Shukor Adan Sangat Istimewa https://t.co/96vQqpWl3I pic.twitter.com/g4RIVLJRfX
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 3, 2020
Kedudukan kedua tercorot turut disumbang dengan denda pemotongan tiga mata, jika tidak mereka boleh berada di kedudukan ke-9 liga dengan 14 mata. Mereka juga tidak bolos dalam empat perlawanan yang berkesudahan seri dan menang dua kali.
Dalam artikel Semuanya BOLA, ‘Adakah Salah Stefan Nikolic & Alex Goncalves Dengan Prestasi Melaka United?‘, dapat dirumuskan yang masalah luar padang adalah punca kepada kedudukan skuad Hang Tuah ketika ini, bukan masalah jentera serangan.
Taktikal Zainal Abidin dan juga masalah tunggakan gaji menyebabkan pasukan kurang menyerlah. Di barisan pertahanan mereka juga dilihat tiada perubahan berani yang dilakukan oleh pengendali dengan bergantung harap kepada gandingan yang sama.
Che Rashid Che Halim, Hasbullah Abu Bakar and S. Kumaahran will play in the #MSL2021 for Melaka next season. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) January 8, 2021
Dua pemain yang dipinjam daripada JDT, Hasbullah Abu Bakar dan Che Rashid Che Halim juga acapkali tersisih. Bukanlah menidakkan kemampuan Razman Roslan dan Khairul Helmi Johari, tetapi perubahan diperlukan untuk membaiki benteng.
Adakah Zainal Abidin ada perancangan baharu di benteng menjelang liga yang bakal kembali hujung minggu ini? Dollah Salleh dan Sri Pahang akan menanti rakan baiknya itu di Stadium Darul Makmur dalam usaha masing-masing untuk buat ‘comeback’.
Menukar duo di jentera serangan sambil mengetepikan perubahan yang diperlukan di benteng seperti menunjukkan Melaka United umpama tikus sedang membaiki labu. Begitupun, kita lihat bagaimana prestasi mereka berdepan Tok Gajah pada Ahad ini.
Baca lagi artikel mengenai Melaka United:
Adakah Salah Stefan Nikolic & Alex Goncalves Dengan Prestasi Melaka United?
Melaka United Jadi Tempat Gary Steven Robbat Buktikan Kemampuan Sebenar