Terengganu sekali lagi akan membuat perhitungan bersama Selangor kali ini dalam saingan Liga Super 2023 pula, setelah mereka sebelum itu sudah pun bertembung bagi aksi suku akhir Piala Malaysia dengan kejayaan berpihak kepada Sang Penyu.
Pada aksi terdahulu, Terengganu berjaya mencatat kemenangan secara agregat 3-1 untuk menyingkirkan Selangor selepas The Red Giants gagal untuk mencipta kemenangan penting dalam aksi berlangsung di laman sendiri iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
🏴🏳️ HARI PERLAWANAN LIGA SUPER MALAYSIA 2023 : TERENGGANU FC VS SELANGOR FC 🏴🏳️
TERENGGANU FC VS SELANGOR FC
📆 29 September 2023 – Jumaat
⏰ 9.00 pm
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin📲Pembelian boleh melalui dari aplikasi Terengganu FC yang boleh dimuat turun melalui… pic.twitter.com/AV2sUCyLw3
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) September 29, 2023
Untuk aksi seterusnya, Selangor akan berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) sebagai pelawat untuk menghadapi Terengganu dalam usaha mereka bagi memperkukuhkan kedudukan kedua carta liga.
Setakat ini, kedua pasukan tersebut sudah pun bertembung sebanyak tiga kali bagi semua kejohanan peringkat domestik dengan masing-masing mencatat satu kemenangan serta terikat seri sekali.
Atas kertas, kedua pasukan tersebut sebenanrnya mempunyai kekuatan yang seimbang serta memiliki peluang sama rata bagi mencatat kemenangan pada aksi malam ini.
Namun, motivasi kini pastinya menjadi milik Terengganu yang masih segar akan kejayaan mara selepas mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan begitu bergaya di gelanggang lawan beberapa hari lalu.
Malah, barisan pemain Tomislav Steinbruckner juga kini berada dalam keadaan baik serta sedia untuk dibawa turun bagi menghadapi perlawanan tersebut.
Tumpuan pastinya diberikan kepada penyerang berbisa mereka iaitu Ivan Mamut yang kini sudah pun meledak 17 gol secara keseluruhan buat Sang Penyu musim ini dalam aksi domestik.
Kelibat penyerang dari Croatia itu pastinya ingin diawasi dengan begitu rapi oleh pertahanan Selangor yang sudah pun dibolosi sebanyak dua kali secara berturut-turut hasil ketajaman Mamut.
Situasi Selangor pula kini pastinya memerlukan sokongan moral daripada para kejurulatihan serta penyokong untuk memastikan mereka mampu bangkit mengutip tiga mata di gelanggang lawan.
Apatah lagi, rekod sebelum itu menunjukkan Selangor mencatat kekalahan 0-2 di tangan Sang Penyu ketika beraksi di SSMZA yang dikelilingi penyokong fanatik Terengganu sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
https://twitter.com/fcterengganu/status/1707355424926974117?s=46&t=YOTSOmcG3heFWz6VBYULhw
Selain itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe juga perlu meningkatkan lagi kreativiti serangan mereka yang dilihat sangat menurun sejak beberapa perlawanan lalu sehingga menyukarkan pasukan tersebut mendapatkan jaringan.
Apapun, Selangor perlu segera bangkit dan memberi fokus penuh untuk mempertahankan status di tangga kedua Liga Super jika masih mempunyai impian ke saingan Asia musim hadapan.