Adakah Roman Abramovich Sedang Merancang Untuk Jual Chelsea?

Pemilik pasukan Chelsea Roman Abramovich dilaporkan berpotensi meletakkan kelabnya dalam senarai untuk dijual.

The Times melaporkan Roman Abramovich melantik Raine Group, sebuah firma perbankan di New York untuk menjadi orang tengah dalam urusan dagangan berkaitan saham kelab.

Kumpulan tersebut adalah firma yang telah membantu Manchester City mendapatkan pelabur dari China yang melabur 13% dalam pemilikan kelab tersebut.

Laporan The Times menyebut Roman Abramovich akan mempertimbangkan bidaan yang bermula dengan £2 billion.

Nilai £2 billion itu adalah tanda harga yang divaluasi oleh Raine Group ke atas kelab tersebut. Chelsea menempa banyak kejayaan di era pemilikan Roman Abramovich.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Chelsea tentang hal itu, namun ramain berpandangan ada kemungkinan Chelsea dalam senarai dijual jika kena pada tawaran harganya.

Antara faktornya adalah kesukaran Abramovich untuk tinggal lama di UK.

Ini selepas isu diplomatik yang membuatkan visa beliau kini terhad untuk tinggal di UK dalam setahun.

Kerajaan British mengetatkan syarat visa kepada orang Rusia selepas percubaan membunuh oleh ‘double agent’, Sergei Skripal di Salisbury.

Roman Abramovich menukar kerakyatan kepada Israel. Ini untuk memastikan beliau ada dapat menjaga kepentingan perniagaan beliau di England terutama sekali Chelsea.

Beliau kini menggunakan visa ahli perniagaan jangka panjang di UK. Yang membolehkan beliau tinggal 6 bulan dalam setahun di UK.

Sebelum ini beliau menyatakan komitmennya kepada Chelsea dan enggan menjual kelab yang beliau beli dengan nilai £140 juta pada 2003.

LONDON, ENGLAND – MAY 21: Roman Abramovich owner of Chelsea waves during the Premier League match between Chelsea and Sunderland at Stamford Bridge on May 21, 2017 in London, England. (Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Beliau menolak cubaan CEO Ineos, Jim Ratcliffe untuk memiliki Chelsea pada Jun lalu dengan bidaan £2 billion. Ratcliffe memiliki kekayaan bernilai £21 billion.

Abramovich terpaksa menangguhkan seketika pelan renovasi Stamford Bridge dianggarkan sekitar £500 juta kerana beberapa kekangan selepas ketegangan diplomasi itu.

Agak menarik kerana beberapa hari lalu FSG menolak bidaan £2 billion daripada billionaire Abu Dhabi, Sheik Khaled Bin Zayed Al Nehayan.

FSG masih dalam perbincangan dengan kumpulan tersebut untuk menjadi rakan kongsi.

Siapa tahu Sheik Khaled akan cuba membida pemilikan Chelsea pula.

Apa pula pandangan penyokong Chelsea?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN