Atas Dasar Minat, Syafiq Kyle Tubuhkan Kelab Challo FC

Selebriti terkenal tanah air, Syafiq Kyle adalah pemilik kelab amatur Challo FC. Kelab yang beliau tubuhkan sendiri atas dasar minat kepada sukan bola sepak.

Syafiq Kyle menyatakan beliau pernah bercita-cita menjadi pemain bola sepak profesional ketika di bangku sekolah.

Namun cita-cita itu tidak kesampaian. Ia tidak melunturkan cinta beliau ke atas bola sepak.

Dengan rezeki yang ada hasil daripada lakonan, beliau melaburkan wang untuk membentuk pasukan bola sepak sendiri.

Kelab itu diberikan nama, Challo FC. Kelab yang turut dibarisi beberapa selebriti lain, antaranya Aedy Ashraf yang bermain di posisi penjaga gol.

https://www.instagram.com/p/Bmddlxog98d/?taken-by=challofc

Dipetik daripada Utusan Online, Syafiq Kyle menyatakan yang beliau membelanjakan hampir RM50,000 setahun untuk kelab tersebut.

Perbelanjaan itu untuk menampung keperluan kelab serta kelengkapan untuk para pemain.

Buat masa ini, Challo FC menyertai liga kecil dan menerima tawaran perlawanan persahabatan daripada kelab lain. Beliau berkata:

“Sebenarnya saya tidak mensasarkan Challo FC untuk masuk liga yang lebih besar. Ketika ini kami hanya menyertai liga kecil selain menerima tawaran untuk perlawanan persahabatan.”

Syafiq juga menyatakan yang Challo FC menarik perhatian beberapa penaja lain. Mereka menggunakan platfor Challo FM untuk berinteraksi dengan peminat dan menarik penaja.

“Melalui Challo FM, dalam masa yang sama kami juga turut ke depan untuk menarik perhatian penajaan.”

Walaupun beliau figur awam, ia tak menghalang beliau melakukan aktiviti sukan yang beliau minati, sama juga dengan rakan-rakan artis beliau yang lain.

Bola sepak juga membuatkan beliau berjaya menurunkan berat badannya, daripada 82kg kepada 69kg. Jika tiada tugasan lain, beliau cuba untuk berlatih 2 kali dalam seminggu seperti mana yang ditetapkan.

Laman instagram Challo FC kini sudah menarik lebih 7,000 pengikut.

https://www.instagram.com/p/Bm20CQ1gzoX/?taken-by=challofc

Mereka memuat naik aktiviti dan hebahan mereka menerusi media rasmi kelab mereka ini. Ini termasuk jadual perlawanan, keputusan, rangkuman perlawanan dan banyak lagi.

Syafiq juga menyatakan yang Challo FC berharap suatu hari nanti mereka akan dapat bermain perlawanan persahabatan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN