Adakah Pertemuan TMJ Bersama Pemilik Kedah Bakal Bawa Sesuatu Lebih ‘Besar’ Buat Penyokong Sang Kenari?

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah pun mengadakan suatu perjumpaan khas bersama pemilik kelab Kedah Darul Aman (KDA) iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar serta turut diiringi Khamal Idris Ali selaku Ketua Pegawai Eksekutif pasukan.

Pertemuan tersebut disahkan sendiri menerusi laman rasmi JDT iaitu Johor Southern Tigers (JST) dengan menyatakan pemilik KDA itu bertemu TMJ di Ibu Pejabat JDT sebelum itu.

“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, pemilik Kedah Darul Aman FC dan Encik Khamal Idris Bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Kedah Darul Aman  FC di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 12 Januari 2023. Luaskan Kuasamu Johor,” jelas kenyataan tersebut.

Sesuatu yang menarik ingin diperkatakan mengenai tujuan pertemuan Dr Daud bersama TMJ mungkin mengenai masa depan bola sepak masing-masing, memandangkan kini KDA sudah pun diswastakan sepenuhnya.

Ada kemungkinan Dr Daud telah bertemu TMJ untuk mendapatkan lebih banyak pandangan mengenai persediaan prasarana kelab dan cara lebih bijak untuk mengolah pasukan.

Ianya turut disahkan sendiri oleh Dr Daud yang memuji kecekapan TMJ dalam menguruskan sesuatu pasukan daripada tiada apa-apa kepada sebuah empayar besar.

“DYAM adalah seorang tokoh yang terbilang yang berjaya membina pasukan JDT sejak tahun 2013.

“Alhamdulillah, DYAM Tunku Ismail banyak luangkan masa menceritakan pengalaman dalam membina dan menguruskan sebuah pasukan dari ground zero.

“Dari tanah rendah (low ground) ke tanah pertengahan (middle ground). Sekarang berada di tanah tinggi (high ground),” jelas Dr Daud di Instagram.

Umum diketahui, cara pengurusan JDT kini antara paling terbaik di Asia Tenggara yang tampil maju dalam masa sangat pantas dari segi fasiliti dan cara pimpinan dibawa oleh TMJ.

Ini bukan perkara baharu, apabila ada wakil mana-mana kelab mendapatkan pandangan TMJ mengenai perkara tersebut dan kini giliran KDA pula tiba untuk mendapatkan nasihat berguna.

Walaupun begitu, ada kemungkinan juga pertemuan ini lebih berkisarkan mengenai pengurusan kelab dan Dr Daud dilihat seolah memberi bayangan sesuatu menarik mengenai pemain baru KDA.

Sebelum ini, Dr Daud seolah memberi bayangan kepada para penyokong Sang Kenari tentang ada kemungkinan penyerang kebangsaan iaitu Syafiq Ahmad akan sertai pasukan tersebut musim 2023.

Segalanya bermula apabila pertemuan antara Syafiq Ahmad bersama Dr Daud yang ketika itu ditemani beberapa wakil KDA di sebuah restoran dan khabar angin mengenai penyertaan pemain itu bersama kelab lamanya mula bertebaran.

Tambah menyakinkan, satu gambar membabitkan Dr Daud bersama Syafiq di pusat latihan JDT juga sudah pun tular ketika ini di media sosial, untuk menguatkan khabar angin pemain tersebut menyertai KDA.

Walaupun Syafiq dilaporkan masih bersama JDT, ianya bukan suatu masalah buat KDA untuk menebus kontrak beliau memandangkan mereka pernah melakukannya sebelum ini kepada Manuel Hidalgo dari Sri Pahang.

Apapun, sehingga kini ianya masih lagi suatu spekulasi yang tidak mempunyai sebarang bukti kukuh akan penyertaan Syafiq bersama KDA musim ini.

Malah, Dr Daud juga menjelaskan di Instagram milik beliau tentang tiada apa-apa perbincangan dibuat tentang untuk membawa Syafiq menyertai KDA.

Namun peluang untuk KDA mendapatkan Syafiq juga dilihat sangat tinggi, selepas JDT juga telah pun menandatangani khidmat pemain import serangan terbaharu iaitu Diogo Luis untuk terus memberi cabaran buat penyerang itu mendapatkan tempat utama.

Sehingga kini, KDA hanya mempunyai seorang sahaja penyerang tempatan iaitu Aiman Afif dan dua lagi pemain import telah mengisi posisi berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN