Pengendali Terengganu Akui Teruja Lihat Kelibat Adisak Kraisorn Di Pentas Piala AFF 2022

Kelibat penyerang kebangsaan Thailand iaitu Adisak Kraisorn mungkin tidak begitu meninggalkan impak besar dalam saingan Piala AFF 2022 buat para penyokong bola sepak Asia Tenggara.

Namun sesekali beliau diturunkan selaku pemain gantian, Adisak cepat memberi reaksi positif di posisi serangan termasuk dalam menghasilkan gol buat Thailand.

Sehingga kini, Adisak sudah pun meledak dua jaringan daripada enam perlawanan dihadapi Thailand dalam saingan tersebut dan bermula selaku pemain gantian.

Walaupun Teerasil Dangda lebih mencuri tumpuan menerusi gol-gol yang diledak beliau sepanjang kejohanan ini, ianya tidak memberi masalah buat Adisak untuk tetap tampil positif melalui pengalaman dimiliki beliau.

Perkara ini jelas menggembirakan pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner, selepas melihat reaksi positif ditampilkan oleh penyerang import mereka itu di atas padang.

Adisak yang mengesahkan kontrak beliau bersama Terengganu musim ini boleh dianggap sebagai salah satu siri perpindahan yang agak besar buat pasukan tersebut menerusi rekod gah dimiliki pemain itu.

Menurut Tomislav, ketika ini beliau menjadi antara individu paling tidak sabar untuk melihat kelibat Adisak tiba di Terengganu, selepas saingan tersebut berakhir.

Jelas pengendali dari Croatia itu, Adisak dilihat berjaya menemui kualiti penyudah yang sangat baik, walaupun kurang beraksi serta diturunkan selaku pemain gantian.

“Saya tidak pernah bertemu beliau sebelum ini tetapi saya sudah melihat beberapa klip video dan saya mendapat sedikit maklumat. Saya tahu beliau seorang pemain terkenal di sana dan ASEAN.

“Beliau tidak banyak beraksi di peringkat kumpulan (AFF) tahun ini tetapi Adisak menjaringkan satu gol untuk membawa Thailand ke final. Nampak sangat baik dan saya tidak sabar untuk bertemu beliau,” katanya menerusi BERNAMA.

Pada masa sama, Tomislav juga menyatakan beliau kini mempunyai perancangan tersendiri mengenai Adisak, selepas melihat situasi semasa pasukan dikendalikannya kini mempunyai tiga penyerang import.

Kemungkinan untuk Tomislav menggunakan satu atau dua penyerang pada sesuatu perlawanan itu bakal diputuskan beliau kemudian bergantung kepada situasi.

“Saya tahu kualiti beliau (Adisak) dan Ivan. Ivan yang sedikit  muda mungkin boleh melakukan banyak larian tetapi Adisak beliau adalah seorang penjaring terbanyak kami akan meneliti perkembangan mereka,” tambah Tomislav.

Selain Adisak, Terengganu juga menandatangani khidmat penyerang baharu dari Croatia iaitu Ivan Mamut serta mengekalkan pemain dari Ghana iaitu Jordan Mintah.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN