Adakah Negeri Sembilan Pasukan Paling Malang Di Liga Super Musim Ini?

Negeri SembilanNegeri Sembilan dilihat sangat berbeza pada tahun ini daripada segi persiapan, jika dibandingkan musim lalu yang sangat hebat di segenap posisi serta prestasi dipamerkan mereka dalam saingan Liga Super.

Musim ini segalanya tampak sangat tidak konsisten buat Negeri Sembilan, setelah pasukan tersebut begitu perlahan daripada segi persiapan sejak awal musim.

Negeri Sembilan Lepaskan Safuwan Baharudin, Bakal Kembali Ke Selangor?

Malah, saat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan kuota sembilan import, Negeri Sembilan tampil dengan hanya empat pemain sahaja untuk memperkuatkan pasukan.

Ianya jelas memberi cabaran begitu besar buat pengendali Negeri Sembilan iaitu K. Devan, selepas beliau mengakui sedikit sukar untuk mempersiapkan pasukan dengan import tidak mencukupi.

Lebih parah, masa depan pasukan tersebut pada musim ini juga semakin malap selepas kini mereka hanya mempunyai seorang sahaja pemain import masih aktif dalam pasukan iaitu Herold Goulon.

Ini kerana, pemain tengah import mereka yang sebelum ini dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Levy Madinda secara rasminya telah pun menyertai Persib Bandung dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Manakala Safuwan Baharudin pula sebelum itu lebih awal meninggalkan Negeri Sembilan dan kini secara rasminya bergelar pemain import baharu Selangor pada jendela perpindahan kedua Liga Super.

Negeri Sembilan sebenarnya masih lagi mempunyai seorang pemain import, namun terpaksa mengetepikan seketika atas faktor kecederaan iaitu Anselmo Arruda da Silva (Casagrande).

Isu kekurangan tonggak ketika ini boleh dikatakan menghantui skuad kendalian K. Devan untuk meneruskan persaingan Liga Super pada saingan akan datang dan terpaksa merombak semula barisan pemain yang sedia ada.

Tambahan pula, pengurusan Negeri Sembilan juga menyatakan mereka tidak akan menambah kuota pemain import sedia ada dan ini menyaksikan pasukan tersebut tampil dengan tiada sebarang perubahan dilakukan.

Disebabkan itu, segelintir besar penyokong pasukan tersebut mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan semasa kelab yang dianggap tidak mengambil serius dengan situasi semasa.

Ketika pasukan-pasukan lain rancak mempersiapkan barisan pemain baharu pada jendela perpindahan kedua ini, Negeri Sembilan tampil antara kelab yang sunyi tanpa sebarang kemasukan tonggak baharu.

Menerusi kedudukan semasa dalam carta Liga Super yang kurang memuaskan, maka mustahil untuk K. Devan memperbaikinya menjadi lebih baik dan berkemungkinan ianya bakal bertambah teruk selepas ini sehingga ke penghujung musim 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN