Adakah ‘Mimpi Indah’ Bulan Ogos Mampu Dikekalkan Huddersfield Town ?

Huddersfield Town

Masih terlalu awal untuk menceritakan mengenai pencapaian yang dikecapi oleh pendatang baru Liga Perdana Inggeris (EPL), Huddersfield Town dalam saingan liga yang baru sahaja memasuki perlawanan ketiga musim ini.

Tetapi keupayaan pasukan di bandar metropolitan England itu mengekalkan rekod tanpa dibolosi selepas 3 perlawanan liga memberikan gambaran awal bahawa kelab bimbingan David Wagner itu mampu menghadirkan kejutan buat pasukan lain.

Ya, memang benar Huddersfield belum benar-benar teruji kerana masih lagi tidak bertemu gergasi EPL seperti Chelsea, Tottenham Hotspur, Manchester United dan beberapa pasukan lagi.

Namun kemenangan keatas Crystal Palace (3-0) dan Newcastle United (1-0) serta berjaya mengikat Southampton tanpa jaringan sudah cukup membuatkan peminat The Terriers mengecapi permulaan yang indah buat mereka.

Pencapaian ini meletakkan mereka kini ditangga ke-3 dalam saingan EPL dengan mencatatkan 7 mata.

Pasukan yang baru pertama kali beraksi di EPL dalam sejarah kelab itu harus berterima kasih dengan kekentalan barisan pertahanan yang diketuai Christopher Schindler yang membentuk gandingan baik dengan Mathias Joergensen disamping pemain pertahanan kanan dan kiri, Tom Smith dan Chris Loewe.

Kewibawaan penjaga gol, Jonas Loessl yang dipinjamkan dari FSV Mainz 05 menafikan 12 percubaan dalam 3 perlawanan awal ini juga terus memperkukuhkan benteng Huddersfield Town. 

Statistik juga menunjukkan Huddersfield Town berjaya mencatatkan 31 percubaan dan 15 daripadanya merupakan percubaan tepat kearah gol.

4 jaringan berjaya dihasilkan dan Steve Mounie telah menjaringkan 2 gol manakala satu lagi menerusi Aaron Mooy dan sumbangan jaringan sendiri pemain Crystal Palace.

Pencapaian bulan Ogos diiktiraf

Kecemerlangan yang dipamerkan Loessl telah mendapat pengiktirafan dari EA Sports.

Beliau disenaraikan sebagai salah seorang calon bagi merebut ‘EA Sports Player of the Month’ bersama-sama Phil Jones, Romelu Lukaku dan Henrikh Mkhitaryan dari Manchester United serta dua orang pemain Liverpool iaitu Sadio Mané and Mohamed Salah dan yang terakhir pemain termahal Chelsea, Alvaro Morata.

Huddersfield Town
David Wagner.  Kredit foto: Huddersfield Examiner

Pengurus kelab, David Wagner pula dicalonkan bagi anugerah ‘Barclays Manager of the Month’ setelah berjaya meletakkan Huddersfield berada di tangga ke-3 liga.

Satu lagi pencapaian menarik buat kelab adalah jaringan yang dilakukan Aaron Mooy ketika bertemu Newcastle United turut dicalonkan untuk anugerah ‘Premier League Carling Goal of the Month’.

Pemenang ketiga-tiga anugerah ini akan diumumkan pada hari Jumaat, 8 September nanti.

September beri peluang seimbang buat Huddersfield

Melihat kepada jadual perlawanan liga pada bulan September seperti memberikan peluang yang seimbang buat Huddersfield.

4 perlawanan liga yang bakal dilalui Tommy Smith dan rakan sepasukannya adalah bertemu West Ham (London Stadium), Leicester City (John Smith’s Stadium), Burnley (Turf Moor) dan Tottenham Hotspur di John Smith’s Stadium.

Ketika West Ham United seperti terumbang ambing ketika ini, Huddersfield perlu menggunakan peluang tersebut untuk terus meningkatkan momentum dan keyakinan para pemain dengan mencatatkan kemenangan keatas pasukan di tangga terbawah itu.

Seperti sedia maklum, Spurs merupakan halangan terbesar buat Huddersfield pada bulan ini dan cabaran Leicester City dan Burnley boleh diibaratkan sebagai pertembungan yang seimbang.

Rumusan

Seperti dinyatakan sungguh terlalu awal untuk memberikan pujian melambung buat pendatang baru ini. Masih terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh David Wagner untuk mengekalkan konsistensi pasukan.

Ternyata hari-hari mendatang amat sukar untuk dihadapi.

Persaingan dalam EPL atau mana-mana liga utama di dunia ibarat satu perlumbaan marathon dimana sesiapa (pasukan) yang mempunyai daya ketahanan hingga ke akhir saingan akan mendapat hasil yang lumayan.

Namun segalanya tidak mustahil buat Huddersfield Town untuk terus menyinar sekaligus melakukan kejutan demi kejutan terhadap kelab yang lebih berpengalaman di EPL.

Menarik untuk melihat dimana kedudukan pasukan ini pada penghujung saingan bulan Ogos 2018 nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN