Adakah Melaka United Akan ‘Tewas’ Sebelum Gelanggang Liga Super Dibuka?

Melaka United 2020 tewas

Pasukan yang dilihat seakan-akan terumbang-ambing ketika ini iaitu Melaka United, mungkin bakal ‘tewas’ sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya.

Dikatakan mereka antara dua buah pasukan yang masih gagal untuk melengkapkan dokumen untuk pelesenan kelab dan berisiko disingkirkan ke Liga M3 musim ini. Satu lagi pasukan merupakan pasukan yang akan bersaing di Liga Premier.

Adakah Melaka United akan diselamatkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)? Ramai yang mengaitkan situasi skuad Hang Tuah dengan kedudukan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, yang bakal menyelamatkan mereka.

Walaubagaimanapun, menurut sumber FAM bercakap menerusi Berita Harian, Mohd Yusoff tidak pernah menggunakan kedudukannya untuk menyelamatkan pasukan.

Katanya mengenai dakwaan itu, “Yusoff tidak pernah menggunakan kedudukannya dalam FAM untuk mempengaruhi keputusan atau hukuman yang ditentukan oleh jawatankuasa. Dia profesional, urusan FAM tidak dicampurkan dengan kelab.”

Sebelum ini dikatakan Melaka United masih melalui masalah tunggakan gaji musim lalu dan itu yang menjadi punca kepada beberapa pemain memilih untuk angkat kaki. Pemain seperti calon pemain naturalisasi negara, Romel Morales, dikhabarkan pada awalnya akan kekal, namun akhirnya sudah meninggalkan pasukan.

Menurut kenyataan Melaka United, pemain import termuda di Liga Super itu tiada dalam perancangan mereka, sebaliknya ia dikaitkan dengan masalah tunggakan gaji.

Ini kerana, agak pelik apabila pemain yang dikatakan memiliki baki kontrak tiga tahun secara tiba-tiba tiada dalam perancangan pasukan selepas timbul isu tunggakan gaji.

Baru berusia 23 tahun, pemain yang sudah tiga tahun berada di Liga M itu antara lima pemain yang telah tampil penuh dalam semua perlawanan liga selain Kpah Sherman di Kedah, Washington Brandao (PJ City), Serdar Geldyev (PDRM) dan rakan sepasukan, Sony Norde. Untuk rekod, mereka telah mengumpul 990 minit permainan.

Bagaimana pemain yang tampil beraksi dalam semua perlawanan musim ini secara tiba-tiba menyertai pasukan lain? Menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, Romel Morales ketika ini dikaitkan sudah hampir menyertai Kuala Lumpur United.

Begitupun, menurut laporan Harian Metro, Melaka United dan Romel Morales sudah menemui kata sepakat mengenai penyelesaian kepada masalah tunggakan gaji itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Ahmad Roslee Hamzah menyatakan semua tunggakan gaji sudah diselesaikan kecuali pemain kacukan Malaysia-Australia, Curran Ferns yang sudah dibawa ke pengetahuan pihak FAM.

Jelasnya mengenai situasi Curran Ferns, “Kita tidak pernah lepas tangan membabitkan isu tunggakan gaji malah tetap komited menyelesaikannya secepat mungkin. Kami bukan tidak mahu membayar sekarang tunggakan gaji namun perkara terbabit sudah dibawa ke FAM dan kini menunggu keputusan terbabit untuk tindakan lanjut.”

Melaka United berdepan dua isu, masalah tunggakan gaji dan dokumentasi pelesenan kelab. Adakah mereka akan ‘selamat’ daripada sebarang tindakan oleh FAM? Atau, adakah Melaka United akan ‘tewas’ sebelum gelanggang Liga Super dibuka?

KREDIT FEATURED IMAGE: MELAKA UNITED

Baca lagi artikel mengenai Romel Morales dan Melaka United:

Morales, Endrick, Careca Calon Pemain Naturalisasi

Ini Mungkin Jawapan Kepada Ramli Junit Tentang Melaka United

3 Perkara Selepas Zainal Abidin Hassan Kekal Di Melaka United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN