Adakah Kim Pan-gon Boleh Jadi ‘Paul Revington’ Versi Bola Sepak Malaysia?

Kim Pan-gon Paul Revington Harimau Malaya Speedy Tigers

Semua pengikut sukan hoki tentunya masih ingat kejayaan bekas pengendali skuad hoki negara, Paul Revington membawa Speedy Tigers melangkah ke FIH Piala Dunia 2014 dan adakah Kim Pan-gon boleh jadi sepertinya?

Untuk melangkah ke Piala Dunia tentunya masih jauh untuk digapai, namun jika layak ke Piala Asia secara merit terlebih dahulu, ia sudah pun memadai. Terdapat persamaan ‘kisah’ antara Paul Revington dan Kim Pan-gon.

Antara kejayaan yang diraih oleh skuad kebangsaan sejak dibimbing Paul Revington ialah menduduki tempat keempat pada Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina selain meraih pingat gangsa pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia kedua di Qatar dan muncul naib juara Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013 di Ipoh.

Paul Revington dilantik ketika skuad kebangsaan tampak suram dan pelantikannya diharap akan membawa sinar baharu buat mereka. Menurut kenyataan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini merupakan Yang di-Pertuan Agong tentang pelantikan Paul Revington;

“Kita berharap menerusi jurulatih baharu itu, akan dapat membangkitkan semula pasukan kebangsaan dan dapat mengilap gandingan pemain muda dengan pemain yang mempunyai pengalaman.”

Perlu atasi masalah jentera serangan

Antara masalah skuad hoki kebangsaan ketika itu adalah di jentera serangan sebagaimana skuad bola sepak negara ketika ini. Menteri Belia dan Sukan ketika itu, YB Khairy Jamaluddin berkata yang Paul Revington perlu atasi segera masalah itu terutamanya dari segi pukulan sudut penalti dan mempertajamkan serangan balas.

Sebagaimana skuad Harimau Malaya saat ini, masalah jentera serangan yang ‘tenggelam’ harus diatasi segera. Ada sedikit sinar ketika di Piala AFF 2020 yang lalu, namun sinar harapan yang diberikan tidak bertahan lama.

Ketika Syafiq Ahmad hilang sentuhan jaringan disebabkan kekurangan minit permainan, penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula dipertaruhkan, namun tetap gagal memberi impak sepatutnya kepada jentera serangan.

Dalam senarai pilihan Kim Pan-gon, hanya ada dua pemain yang boleh bertindak sebagai penyerang utama iaitu Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim Shamsudin – selepas Darren Lok terpaksa digugurkan akibat Covid-19.

Jadi bagaimana percaturannya nanti dalam aksi berdepan Filipina dan Singapura? Menarik untuk disaksikan.

‘Kenapa Elavarasan?’ – Ini 3 Kelebihannya Yang Tentu Mampu Bantu Kim Pan-gon

Bantuan anak tempatan sebagai ‘orang kanan’

Paul Revington dibantu oleh anak tempatan iaitu Arul Selvaraj yang kini merupakan pengendali skuad negara. Dan Kim Pan-gon sebagaimana yang kita ketahui dibantu oleh barisan staf yang dibawanya selain disertai oleh seorang anak tempatan iaitu E Elavarasan – yang merupakan pilihannya sendiri selepas ditemu ramah.

Sudah tentu ini bakal membantu Kim Pan-gon untuk segera menyesuaikan diri dengan iklim bola sepak negara. Sebagaimana Arul Selvaraj menjadi orang kanan Paul Revington, Coach Ela turut diharap menjadi sepertinya.

Dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), Elavarasan merupakan antara pengendali yang dilihat ‘celik’ taktikal.

Bukan menafikan kemampuan pengendali muda lain, namun, Elavarasan ada reputasinya yang tersendiri.

Begitupun, sedikit perbezaan adalah Arul Selvaraj sudah bekerjasama dengan Paul Revington sebelum itu lagi.

@mysemuanyabola

Apa pandangan anda? #SemuanyaBOLA #fyp

♬ Ale Ale Ayuh Ayuh Malaysiaku – Ultras Sound

Aura, pengaruh Safiq Rahim dan mendiang Chua Boon Huat

Keputusan untuk memanggil semula Safiq Rahim dilihat seperti langkah Paul Revington memanggil semula beberapa pemain senior yang sudah lama tidak bersama skuad negara seperti mendiang Chua Boon Huat.

Chua Boon Huat sudah tiga tahun tersisih sebelum kembali dipanggil olehnya. Katanya, “Dia pemain yang gigih dan kuat bekerja keras demi pasukan. Beliau antara sebab saya sedia menjadi jurulatih Malaysia hingga kini.”

Sejak tidak bersama skuad negara kurang lebih empat tahun lalu, masih tiada mana-mana pemain yang mampu menggantikan Safiq Rahim sebagai jeneral padang. Ini adalah kekurangan terbesar skuad Harimau Malaya.

Karisma dan sifat kepimpinan Safiq Rahim mungkin masih diperlukan skuad negara ketika ini. Jika kita mahu berikan lilitan kapten kepada Farizal Marlias, ia juga dilihat kurang berkesan kerana pemain-pemain memerlukan aura kapten dan pengaruh di tengah padang. Tidak dinafikan, sifat bekengnya mungkin diperlukan mereka.

Chuan Boon Huat juga sangat dihormati oleh rakan sepasukan waima beliau sudah tiada selepas meninggal dunia secara mengejut akibat kemalangan. Jadi langkah Kim Pan-gon untuk Safiq Rahim ini seolah-olah ‘ulangan’ langkah Paul Revington pada 2013 – yang turut dipuji oleh Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong.

Penutup

Begitupun, masih terlalu awal untuk membandingkan keduanya. Namun, ‘kisah’ mereka tampak seakan-akan hampir sama, malah Kim Pan-gon seperti Paul Revington sentiasa jadi tumpuan pihak media sejak dilantik.

“Ramai orang berpesan, pengaruh media sangat besar dan sebagainya, tetapi saya fikir tiada perbezaan pun dengan tempat lain, sentiasa ada ekspektasi. Kesimpulannya, saya tahu apa yang saya patut buat.”

Paul Revington, 2012

Mereka tiba di saat skuad negara dibadai masalah dan diletakkan ekspektasi tinggi. Bekas pengendali, Tan Cheng Hoe juga senasib dengan Tai Beng Hai yang menjadi tumpuan serangan media atas kegagalan skuad kebangsaan. Jadi, sebagai pengendali selepas badai melanda, mereka menjadi tumpuan semua pihak.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN