Adakah Karier Ronaldo Di Old Trafford Sudah Berakhir?

Cristiano Ronaldo dilaporkan menolak untuk dimasukkan ketika aksi kemenangan 2-0 Manchester United bertemu Tottenham Hotspur di Old Trafford malam semalam.

Hal tersebut dikatakan bakal menjadi punca mengapa karier Ronaldo di Old Trafford akan berakhir lebih awal dari yang dijangkakan.

Tindakan Ronaldo itu juga dikatakan sebagai antara perkara paling bodoh yang pernah beliau lakukan sepanjang karier profesionalnya.

Ketika Anthony Elanga dan Christian Eriksen di bawa masuk untuk beraksi, Ronaldo dilihat kembali ke bilik persalinan dengan penuh emosi.

Para peminat percaya yang Manchester United di bawah kendalian Erik ten Hag jauh berbeza berbanding era sebelum ini dengan kini tiada lagi kelebihan untuk bintang besar kelab.

Ronaldo secara rasminya tidak akan di bawa bersama untuk beraksi bertemu Chelsea nanti dan ia merupakan kali pertama beliau digugurkan dari skuad utama United dengan tanpa alasan yang kukuh.

Ten Hag dilaporkan tidak gembira dengan tindakan Ronaldo dan kerana itulah beliau memutuskan untuk menyingkirkan bintang Portugal itu dari aksi bertemu Chelsea nanti.

Ronaldo sukar mendapat tempat

Ronaldo pada musim lalu telah berjaya menjaringkan 24 gol dari semua pertandingan dan beliau jelas sekali bersendirian memikul United untuk layak beraksi di pentas saingan Europa League musim ini.

Memandangkan Man United musim ini dikendalikan oleh Erik ten Hag, maka jelas sekali banyak perubahan akan berlaku.

Ten Hag telah menerapkan corak permainan beliau yang tersendiri dan bintang berusia 37 tahun itu dilaporkan sukar untuk mendapatkan tempat.

Karier Ronaldo bakal berakhir

Selepas melihat cara bagaimana Ronaldo meluahkan rasa tidak gembira beliau terhadap keputusan Ten Hag, ramai peminat percaya yang masa depan beliau di Old Trafford semakin kelam.

Kali terakhir ada pemain yang berani menolak untuk masuk ketika diarahkan oleh Ten Hag adalah pada musim 2017/18 yang lalu dan pemain itu jelas sekali menyesal dengan tindakan beliau terhadap pengurusnya itu.

https://twitter.com/Barzan_Mizuri/status/1583223024815599616?s=20&t=Xs-x5GYQ3C34_t42SDNN9A

Pemain tersebut adalah Amin Younes dengan beliau ketika itu menolak untuk dibawa masuk pada minit-minit akhir permainan bertemu Heerenveen.

Ajax pada ketika itu sedang mendahului 4-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Johan Cruyff Arena itu dan bekas bintang Borussia Monchengladbach itu menolak untuk dibawa masuk oleh Ten Hag.

Ten Hag tidak gembira melihat hal tersebut dengan beliau kemudiannya menghantar Younes beraksi bersama kelab kedua Ajax.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN