Adakah Goncalo Ramos Bakal Menggantikan Terus Khidmat Ronaldo Selaku Penyerang Utama Portugal?

Edisi Piala Dunia 2022 kali ini di Qatar jelas menjadi sangat sensasi dengan ramai bintang muda tampil menyerlah untuk membantu negara masing-masing mencatat keputusan positif.

Terbaharu, bintang muda Portugal iaitu Goncalo Ramos muncul untuk menjadi wira pasukan dengan meledak hatrik pertama buat dirinya dalam karier profesional bersama pasukan senior negara.

Lebih manis, ini merupakan aksi sulung beliau sebagai pemain kesebelasan utama untuk menggantikan posisi yang sebelum ini diisi bintang Portugal iaitu Cristiano Ronaldo.

Pada perlawanan peringkat 16 terbaik pagi tadi, Portugal berjaya menewaskan Switzerland dengan keputusan 6-1 dalam misi untuk mengesahkan diri ke pusingan suku akhir.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Lusail itu, Ramos berjaya membuka akaun jaringannya pada minit ke-17 menerusi kualiti rembatan derasnya untuk memberi kegembiraan buat rakan sepasukan.

Tidak lama selepas itu, Ramos sekali lagi tampil mencuri tumpuan menerusi gol keduanya, setelah beliau menerima satu umpanan cantik daripada Diogo Dalot.

Penyerang muda berusia 21 tahun itu melengkapkan hari gemilangnya pada minit ke-67 untuk meledak hatrik, sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat Ramos di pentas dunia.

Selain meledak gol, Ramos juga tampil cemerlang untuk mencipta satu bantuan jaringan kepada Raphael Guerreiro pada minit ke-55 sebelum dirinya meledak hatrik.

Tanpa Ronaldo jelas tidak merencatkan sedikit pun corak permainan portugal, malah ia membuka ruang buat pemain muda ini untuk menyerlahkan diri seperti Ramos.

Malah, Ramos juga dilihat lebih bersedia dan banyak membantu serangan Portugal sepanjang saingan berlangsung, berbanding Ronaldo yang dilihat serba tidak menjadi kerana faktor usia.

Beliau yang kini beraksi bersama Benfica, pastinya akan mencuri tumpuan lebih banyak pasukan besar selepas ini untuk cuba mendapatkan khidmatnya.

Portugal yang sudah pun mengesahkan diri ke suku akhir akan membuat perhitungan bersama Maghribi yang mencatat kejutan untuk mengatasi Sepanyol.

Persoalannya, adakah Ramos akan terus diberi peluang beraksi sebagai kesebelasan utama selepas ini untuk aksi suku akhir, dan adakah khidmat Ronaldo kini sudah tidak lagi diperlukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN