Kelab Singapura Bakal Sertai Keluarga Besar City Football Group

Bola sepak di Singapura bakal mendapat perubahan lebih besar selepas ini, setelah salah satu wakil kelab tempatan mereka bakal menjalinkan kerjasama dengan salah satu organisasi berpengaruh dunia.

Menurut Asean Football, pasukan yang dikatakan itu adalah Geylang International FC dan mereka kini sedang berunding untuk bekerjasama dengan City Football Group (CFG).

Seperti diketahui, CFG merupakan salah satu syarikat paling berpengaruh dalam dunia bola sepak selepas mereka mempunyai pelaburan saham bersama beberapa kelab terkemuka di dunia.

Antara kelab yang dipengaruhi syarikat tersebut ialah kelab gergasi di England iaitu Manchester City yang menjadi salah satu pasukan palinh berpengaruh dunia ketika ini dengan barisan pemain bintang.

“Pasukan yang beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL) iaitu Geylang International mengesahkan yang mereka kini sedang berurusan untuk menjalinkan kerjasama bersama CFG yang merupakan salah satu kelab kelab terkaya dan berkuasa dalam bola sepak.

“Ini akan menjadikan The Eagles sebagai pasukan pertama di Asia Tenggara yang bergabung bersama syarikat tersebut, dimana mereka turut memiliki juara English Premier League (EPL), Manchester City,” jelas kenyataan tersebut.

Setakat ini, CFG secara rasmi sudah pun memiliki 12 kelab bawah naungan mereka iaitu Manchester City, New York City, Melbourne City, Montevideo City Torque, Troyes AC, Lommel S.K., Mumbai City, Girona FC, Sichuan Jiuniu, Yokohama F. Marinos, Palermo, dan Esporte Clube Bahia.

Musim ini menyaksikan Geylang telah menamatkan cabaran mereka dalam saingan SPL di kedudukan keempat menerusi 39 mata dikumpul hasil 28 perlawanan dilalui.

Mereka mencatat 10 kemenangan, sembilan seri dan sembilan kekalahan pada musim lalu dengan 48 gol dapat dihasilkan pasukan tersebut.

Perkembangan terbaharu mengenai Geylang, mereka telah pun menandatangani kontrak lanjutan ketua jurulatih kelab tersebut iaitu Mohd Noor Ali untuk saingan musim hadapan.

Geylang juga turut tidak ketinggalan untuk menghantar wakil pemain mereka bagi aksi Piala AFF 2022 akan datang dengan tiga pemain mereka telah terpilih.

Tiga pemain tersebut ialah Zaiful Nizam yang mempamerkan aksi cemerlang musim ini sebagai penjaga gol kelab menerusi sembilan ‘clean sheets’ dicatat.

Dua lagi pemain ialah Joshua Pereira yang beraksi di posisi tengah, serta pemain serangan lincah mereka iaitu Hazzuwan Halim untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan Singapura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN