Adakah Eriksen Boleh Kembali Beraksi Dengan Rawatan ICD? Doktor Perubatan Ini Beri Pandangannya

Eriksen ICD

Kecoh seantero dunia apabila bintang Denmark dan Inter Milan, Christian Eriksen rebah semasa akibat serangan jantung ketika perlawanan menentang Finland dalam kejohanan Euro 2020 tempoh hari.

Beliau kemudian dikatakan ‘mati’ untuk tempoh beberapa minit kerana tidak mempunyai denyutan nadi dan bantuan CPR terus dimulakan oleh pasukan perubatan.

Ini bukan kali pertama kejadian pemain bola sepak dikejutkan dengan serangan jantung. Insiden sama pernah berlaku pada Fabrice Muamba dan Daley Blind, bahkan kita pernah dikejutkan dengan kematian Antonio Puerta, Dani Jarque suatu ketika dahulu

Apa penyebab masalah jantung ini ?

Kebiasaannya ia adalah disebabkan secara genetiknya mereka ini mempunyai masalah jantung.

Antara kemungkinan2 masalah jantung yang biasa dihadapi jikalau mempunyai degupan jantung yg berhenti di usia muda adalah kerana long qt syndrome, hypertrophic cardiomyopathy (HOCUM) atau arrhythmogenic right ventricular dysplasia (ARVD).

Long qt syndrome disebabkan perubahan genetik yang menyebabkan pengaliran elektrik pada jantung menjadi tidak normal.

Hypertrophic cardiomyopathy pula menyebabkan dinding jantung di bahagian kanan dan kiri menebal dan menyebabkan jantung tidak pam darah dengan baik.

Kemudian ARVD adalah masalah genetik yang menyebabkan lemak masuk dalam otot kanan jantung.

Ketiga-tiga kondisi ini sangat sinonim mengakibatkan jantung pam secara tidak normal dan terus menjadikan jantung berhenti berdegup.

Kerana itulah solusi selalunya adalah utk meletakkan ICD atau nama panjang nya implantable cardioverter-defribillator. Fungsi ICD ini adalah utk memberi kejutan elektrik kepada jantung apabila jantung masuk fasa berdegup secara tidak normal.

Jadi untuk kes Eriksen bagaimana?

Jika dibaca dan dikaji semula garis panduan daripada European Society of Cardiology (ESC) dan American Heart Association (AHA), diagnosis rawatan bagi setiap pesakit perlu dibuat secara individu. Dengan erti kata lain, cara atau kaedah rawatan bagi setiap pesakit itu tidak sama dan tidak boleh dipukul rata.

Walaupun ada pendapat yang mengatakan Eriksen mungkin boleh kembali ke kancah bola sepak profesional dengan menggunakan teknologi ICD, hakikatnya, aktiviti berintensiti tinggi tidak disarankan bagi pesakit yang pernah mempunyai sejarah serangan jantung.

Anda boleh baca mengenai ICD dalam artikel ini:

Mungkin ada yang membandingkan dengan kemampuan Daley Blind yang mendapatkan rawatan ICD dan masih beraksi secara aktif ketika ini. Tetapi itu tidak bermaksud Eriksen juga mampu melakukan perkara yang sama.

Untuk menentukan tahap kemampuan jantung, ia bergantung selepas konsultasi dan pertemuan dgn pakar kardiologi.

Adakah Eriksen bakal beraksi semula? Hanya masa akan menentukan. Ia perlu kepada pelbagai jenis ujian dan penilaian sebelum doktor boleh memberi kata putus.

Dr. Mustapha Kamal kini sedang bertugas di klinik swasta dan merupakan seorang peminat sukan bola sepak. Beliau kerap berkarya mengenai isu dalam bidang perubatan di media sosial.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Christian Eriksen:

Kenali Adik Beradik Jaguh Badminton Dunia Sebelum Jadi Doktor Selamatkan Nyawa Christian Eriksen

Kenali “Silent Killer” Yang Menjadi Musuh Pemain Bola Sepak Seperti Christian Eriksen

Wajarkah Pemain Denmark Diminta Teruskan Perlawanan Selepas Kejadian Ngeri Menimpa Eriksen?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN