Bekas pemain import berkaliber Penang iaitu Endrick dos Santos setakat ini sah masih belum menyertai mana-man kelab tempatan atau luar negara untuk saingan musim hadapan.
Walaupun dikaitkan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini, pemain tengah dari Brazil itu masih belum diketahui status sebenar beliau bersama kelab tersebut.
Terbaharu, laporan menyatakan beberapa kelab dari luar negara seperti Jepun dan Thailand berminat untuk mendapatkan khidmat Endrick pada musim hadapan.
Perkara itu disahkan sendiri menerusi wartawan sukan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam menerusi Twitter milik beliau semalam mengenai status semasa Endrick.
“Endrick dos Santos kini menjadi ejen bebas selepas tidak kekal bersama Penang FC. Pemain tengah dari Brazil itu sebelum ini dilapor menyertai JDT untuk musim 2023, namun difahamkan mendapat tawaran beberapa kelab luar negara termasuk Jepun dan Thailand,” jelas beliau.
Endrick menjadi antara pemain import yang sah tidak lagi bersama Penang, selepas kelab tersebut mengesahkan secara rasmi sebelum itu di media sosial.
Mula menyertai Penang sejak tahun 2020, Endrick dianggap sebagai salah seorang tonggak utama buat pasukan tersebut dalam menggerakkan serangan pasukan.
Endrick dos Santos kini menjadi ejen bebas selepas tidak kekal bersama Penang FC. Pemain tengah dari Brazil itu sebelum ini dilapor menyertai JDT untuk musim 2023, namun difahamkan mendapat tawaran beberapa kelab luar negara termasuk Jepun dan Thailand.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 29, 2022
Musim ini menyaksikan Endrick telah pun meledak satu gol bersama dua bantuan jaringan dalam saingan Liga Super selain mencipta 14 penampilan bersama Penang.
Musim lalu, JDT telah pun mengumumkan Endrick bakal sertai mereka sebagai salah seorang pemain naturalisasi untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.
Menurut perkongsian laman tersebut pada tahun lalu, Martin Prest menyatakan kelab telah pun membuat keputusan untuk memberi status naturalisasi kepada pemain tersebut dalam pelan jangka masa panjang.
“JDT juga akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan sebagai status naturalisasi.
“Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menaturalisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang,” jelas Prest menerusi laman Johor Southern Tigers (JST).
Namun melihat kepada peluang saingan liga di Jepun atau Thailand yang lebih komersial, ada kemungkinan Endrick mungkin akan mengembangkan karier beliau di sana.
Tambahan usia beliau juga yang masih lagi dianggap muda, peluang untuk Endrick menyerlah di luar negara terbuka cerah.
JDT will also be recruiting Endrick dos Santos for the 2023 season, with a possibility of naturalisation. The club has made a decision to only naturalise players who are young and can contribute long term.
Martin Prest, Johor Darul Ta’zim FC Sporting Director
[5/5]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 13, 2021
Walau apapun, seperti diketahui perancangan awal yang dibuat JDT adalah tepat dan jarang terkeluar daripada landasan yang menyaksikan Endrick mungkin juga akan terus bersama kelab tersebut musim hadapan.