Adakah Dakwaan Lelaki Ini Tentang Sikap Penyokong Malaysia ‘Select’ Perlawanan Skuad Kebangsaan Tepat?

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Aksi sulung Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bagi peringkat Kumpulan D bakal bermula tidak lama lagi dengan membabitkan skuad kebangsaan bertemu Republik Kyrgyz di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Perlawanan ini dianggap sangat penting sebenarnya buat pasukan kebangsaan kerana ia juga dapat mempengaruhi ranking semasa negara jika Malaysia berjaya mencipta kemenangan.

Apatah lagi, skuad kendalian Kim Pan-gon juga bakal bertemu dengan lawan yang dianggap bukan calang-calang kerana Republik Kyrgyz kini berada di kedudukan ranking ke-95 Dunia.

Pastinya ia bakal menghadirkan satu cabaran sengit buat skuad kebangsaan yang ketika ini memerlukan kembali kemenangan selepas tewas kepada Tajikistan bulan lalu dalam aksi Pestabola Merdeka 2023.

Walaupun begitu, situasi semasa mengenai penjualan tiket kepada para penyokong tampil dengan sedikit perlahan selepas ianya masih tidak mencecah kepada 10,000 walaupun hari perlawanan bakal berlangsung tidak lama sahaja lagi.

Sehingga artikel ini diterbitkan, jumlah tiket yang sudah terjual hanya mencecah 6,000 sahaja dan sambutan untuk perlawanan tersebut jelas sangat perlahan.

Menerusi tinjauan komen dibuat kami, rata-rata netizen menyatakan jumlah jualan tiket sedikit perlahan kerana penyokong lebih gemar mendapatkannya pada minit-minit akhir.

Ada juga yang menyatakan faktor cuaca tidak menentu seperti musim hujan kini menjadi punca kenapa tidak ramai penyokong berminat untuk menyaksikan perlawanan tersebut di SNBJ.

Namun begitu, salah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki ini di Facebook boleh dikatakan sangat unik mengenai sikap segelintir penyokong bola sepak di Malaysia.

Menurut Afiq Shari di Facebook, kebanyakan para penyokong di Malaysia lebih banyak memberi alasan daripada mengakui mereka sendiri mempunyai sikap memilih perlawanan tumpuan.

“Mengaku jelah kita selek game. Bagi alasan hari kerja la, harga mahal la, tengah bulan la. Ce buat game final Piala AFF hari kerja lawan Indonesia harga tiket RM50 tengah bulan.

“Stadium penuh tak? Bukan setakat penuh. Malam sebelum jual tiket dah beratur kat stadium.

“Bulan lepas, final Pestabola, hari kerja, tengah bulan. Harga sama dengan harga tiket Khamis ni. Boleh je 40k attendance.

“Tiba-tiba ada duit pulak ya tengah2 bulan macam tu. Padahal sama je. Awak tu selek. Cuma tak mengaku,” jelas Afiq Shari.

Adakah anda setuju dengan pandangan tersebut atau ianya merupakan salah satu kebenaran tapi sukar dihadam oleh penyokong kita sendiri?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN