Adakah Benar Barcelona Mahukan Pogba? Ini Jawapan Bartomeu

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu tidak terlepas daripada soalan oleh media berkenaan situasi Paul Pogba.

Barcelona adalah kelab yang dikaitkan dengan Paul Pogba pada jendela perpindahan yang lalu.

Pogba dilaporkan memberitahu pengurusan Manchester United yang beliau mahu ke Barcelona selepas gagal berpindah pada pra musim.

Ejen Paul Pogba, Mino Raiola juga tidak menafikan akan berita Barcelona dan Pogba itu.

Terbaru, Josep Maria Bartomeu menyatakan yang berita itu hanyalah khabar angin. Ini kerana Barcelona tahu yang Manchester United tidak mungkin mahu melepaskan Pogba.

“Saya ada baca rumors ini, bukan sahaja melibatkan Pogba, malah ramai lagi pemain lain.”

“Kebanyakan pasukan tidak mahu menjual pemain mereka kerana mereka mahu membangunkan pasukan.”

“Dalam bola sepak, anda harus menang, harus menjana pendapatan, dan juga harus berjaya.”

“Dan saya tak suka bercakap tentang pemain kelab lain.”

“Apabila anda mendengar daripada ejen bahawa ada beberapa pemain dalam senarai bursa perpindahan, biasanya saya akan telefon CEO kelab mereka untuk mengesahkan, betulkah mereka mahu menjual pemain tersebut?”

(Photo by Getty Images)

“Biasanya, apabila mereka berkata tidak, bukan untuk dijual, maka segalanya berakhir di situ.”

Masa depan Paul Pogba dengan Manchester United kembali menjadi bualan selepas pemain itu tidak sehaluan dengan Jose Mourinho.

Bermula dengan kritikan Pogba kepada taktikal bertahan Mourinho. Pemain itu kemudian dilucutkan daripada timbalan kapten kerana menurut Mourinho, Pogba telah melakukan kesalahan tidak profesional.

Dalam satu klip video oleh Sky Sports, memaparkan yang Pogba dan Mourinho saling berbalas kata-kata dan Mourinho mengarahkan Pogba untuk keluar daripada padang latihan.

https://twitter.com/utdxtra/status/1044935224688340994

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN